Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 440,914 buah rencana.
Tarikh: Isnin, 17 Ogos 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Gamelan Melayu, juga dikenali sebagai Joget Gamelan, ialah kesenian istana Melayu yang menggabungkan muzik dan tarian. Kesenian ini secara tradisinya dikaitkan dengan istana diraja Pahang dan Terengganu, dan merupakan salah satu cabang tradisi gamelan yang berkembang di Kepulauan Asia Tenggara. Walaupun mempunyai hubungan sejarah dengan tradisi gamelan di wilayah lain, gamelan Melayu berkembang dengan lagu, tarian dan gaya persembahannya yang tersendiri.
Asal-usul gamelan Melayu dapat dikesan kepada lingkungan istana Johor-Riau dan Riau–Lingga, sebelum dibawa ke Pahang pada abad ke-19 melalui hubungan kekeluargaan antara keluarga pemerintah Melayu. Di Pahang, kesenian ini berkembang sebagai hiburan dan persembahan istana sebelum mencapai kemuncak perkembangannya di Terengganu pada awal abad ke-20. Selain muzik yang dimainkan dengan alat-alat seperti gong, gambang dan metalofon, tradisi ini turut merangkumi satu himpunan tarian istana yang dikenali sebagai Joget Gamelan. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Satu gempa bumi berukuran 7.4 melanda Departmen Chocó, Colombia, menyebabkan sekurang-kurangnya 254 orang terkorban.
- Dalam acara berbasikal, Demi Vollering (foto) memenangi Tour de France Femmes.
- Penembakan di sebuah rumah kediaman dan cawangan Sekolah Debsirin di wilayah Nonthaburi, Thailand, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban.
- Sebuah konsortium yang diketuai oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi membeli penerbit permainan video Electronic Arts.
- Runtuhan salji di Broad Peak di Pakistan membunuh 10 orang pendaki.
Tahukah anda...

- ... bahawa perkataan "OK" telah digambarkan sebagai perkataan yang paling kerap dituturkan atau ditulis di planet ini?
- "... bahawa Carrefour ialah pasar raya kedua terbesar di dunia?"
- "... bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sering digelar media sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB"?"
- ... bahawa konsol permainan video Casio Loopy dijual secara eksklusif di Jepun, dan ia disasarkan kepada golongan wanita?
- "... bahawa opera Macbeth ditulis Giuseppe Verdi tanpa melihat karya asal Shakespeare?"
Hari ini dalam sejarah
- 1862 – Orang Sioux mengambil keputusan mengusir orang putih keluar dari lembah Sungai Minnesota, mencetuskan Perang Dakota.
- 1914 – Perang Dunia Pertama: Hermann von François tidak mempedulikan arahan berundur, dan berjaya dalam serangan balas mempertahan Prusia Timur.
- 1945 – Soekarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia (gambar), memulakan suatu "revolusi nasional".
- 1969 – Hurikan Camille melanda persisiran Mississippi, A.S. mengorbankan 259 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$1.42 bilion.
- 1999 – Gempa bumi bermagnitud 7.5 Mw melanda barat laut Turki, mengorbankan lebih 17,000 orang.
Gambar pilihan
|
Nebula Kepala Kuda (juga dikenali sebagai Barnard 33 dalam nebula cerah IC 434) adalah sebuah nebula gelap di buruj Belantik yang terletak berhampiran bintang Alnitak atau Sigma (ς) Orionis iaitu bintang terkiri dalam deretan Bintang Tiga Beradik. Jaraknya dianggarkan 1,500 tahun cahaya dari Bumi. Nebula ini mendapat namanya daripada bentuk gumpalan awan gas dan debu antara najam tebal lagi gelap yang menyekat sumber cahaya di belakangnya. Bentuknya yang seperti kepala kuda itu pertama kali dikesan pada 1888 oleh Williamina Fleming di atas plat fotograf B2312 yang diambil di balai cerap Kolej Harvard.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Brunei • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
| Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 16.7 | 440,914 | 1,188,970 | 6,915,421 | 407,658 (2,027 aktif) | 15 | 17,903 |
- Perbaiki kandungan
