close
Pergi ke kandungan

Daniel Alves

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dani Alves
BERJAYA
Maklumat peribadi
Nama penuh Daniel Alves da Silva[1]
Tarikh lahir (1983-05-06) 6 Mei 1983 (umur 43)
Tempat lahir Juazeiro, Brazil
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Bek kanan
Nombor 10
Kerjaya remaja
Juazeiro
Bahia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2002 Bahia 25 (2)
2002–2008 Sevilla 175 (11)
2008–2016 Barcelona 247 (14)
2016–2017 Juventus 19 (2)
2017–2019 Paris Saint-Germain 48 (2)
2019–2021 São Paulo 95 (9)
2021-2022 Barcelona 20 (1)
2022-2023 UNAM Pumas 13 (0)
Pasukan kebangsaan
Brazil B20 7 (0)
2006– Brazil 126 (8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Julai 2019

Daniel Alves da Silva (lahir 6 Mei 1983), atau dikenali sebagai Dani Alves (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdɐ̃ni ˈawvis]), merupakan bekas pemain bola sepak Brazil. Beliau bermain di posisi bek.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Alves membuat debut profesional untuk Esporte Clube Bahia ketika menentang Paraná Clube dalam saingan Campeonato Brasileiro Série A 2001. Bahia menang 3–0, bersama Alves yang membuat dua hantaran. Jurulatih Evaristo de Macedo memberikan peluang untuk beliau memilih pasukan untuk kerjayanya. Aksi beliau yang baik telah menarik perhatian dari sebelah Sepanyol, Sevilla FC pada 2002.[3]

Selepas musim 2002–03, Alves bermain dalam Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003, di mana beliau menjadi inspirasi pemain Brazil untuk memenangi kejohanan itu. Beliau dinamakan pemain ketiga terbaik dalam kejohanan itu. Selepas kejohanan itu, Sevilla ingin membeli beliau secara kekal kerana sebelum ini, beliau bermain dengan Sevilla secara pinjaman.

Pada Jun 2006, Sevilla bersetuju untuk menjual Alves ke Liverpool, tetapi Liverpool tidak selesa dengan harga yang ditawarkan oleh Sevilla sebanyak £8 juta.[4] Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak baru bersama Sevilla, dan beliau kekal bersama Sevilla sehingga 2012.[5] Beliau membuat aksi yang terbaik pada musim 2006–07, dengan membuat 47 penampilan dan menjaringkan lima gol. Beliau bermain semua perlawanan untuk Sevilla dalam kejohanan Piala UEFA, termasuklah perlawanan akhir di mana Sevilla menang.

Beliau telah memiliki kewarganegaraan Sepanyol, dan beliau boleh untuk memiliki kuota bukan-EU(Kesatuan Eropah), jadi beliau memiliki permit kerja untuk bermain di mana-mana negara EU.[6]

Pada 1 Ogos 2007, Alves memberitahu SporTV bahawa beliau akan meninggalkan Sevilla untuk ke kelab gergasi Eropah.[7] Beliau juga berbesar hati kerana Chelsea ingin menggunakan khidmatnya dan beliau tidak akan melepaskan peluangnya.[8] Dalam satu temu ramah bersama Antena 3 pada 8 Ogos, Dani Alves bersetuju bahawa ejennya telah berada di England untuk berbincang dengan tawaran Chelsea.[9]

Pada 16 Ogos 2007, Sevilla menolak bidaan dari Chelsea dan 6 hari kemudian, Sevilla menolak lagi 2 bidaan dari Chelsea.[10][11] Alves kemudian meluahkan perasaan kecewanya kepada presiden Sevilla José María del Nido kerana peluangnya untuk ke Stamford Bridge kini hancur, apabila Chelsea telah menandatangani pemain bek Brazil, Juliano Belletti dengan harga yang jauh lebih kurang.[12]

Selepas "perang mulut" di antara Alves dan presiden Sevilla del Nido,[13] Alves mengatakan bahawa beliau akan terus tinggal di Sevilla selepas beliau berdamai dengan presiden itu.

Barcelona

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Alves bersama Barcelona pada 2011.

Pada 2 Julai 2008, Alves sertai FC Barcelona.[14] Harga yang dilaporkan ialah sebanyak £23 juta, menjadikan beliau bahawa pemain pertahanan yang paling mahal[15] dan pemain ketiga paling mahal dibeli oleh Barca. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama Barca, kontrak itu berharga €90 juta.

Alves membuat penampilan pertama untuk Barcelona ketika menentang kelab Poland, Wisła Kraków dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 pada 13 Ogos 2008.[16] Beliau membuat debut La Liga bersama Barca ketika menentang CD Numancia pada 31 Ogos 2008.[17] Beliau terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009 selepas memiliki dua kad kuning, Barca membenam Manchester United, 2-0.

Dalam musim keduanya di Barça, Alves bersama pasukannya memenangai gelaran La Liga dan menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2009. Pada musim 2010-11, Alves bersama Barcelona memenangi gelaran La Liga buat kali ketiga.

Pada 28 Mei 2011, Alves bermain buat pertama kali di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United, 3-1 di Stadium Wembley.

Pada musim 2011–12, Alves sebahagian daripada skuad Barcelona yang memenangi Copa del Rey dan Piala Dunia Kelab FIFA 2011. Dalam musim 2012–13, Alves bersama Barcelona memenangai gelaran La Liga buat kali keempat dalam musim keempatnya di Barça.

Pada musim 2013–14, Alves menyarung jersi nombor 22 yang pernah disarung oleh rakannya, Éric Abidal.[18]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Dani Alves bersama trofi Piala Konfederasi FIFA.

Alves membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Brazil dalam perlawanan tidak rasmi menentang kelab Kuwait, Al-Kuwait Selection pada 7 Oktober 2006. Tiga hari kemudian, beliau memiliki kaps pertamanya ketika menentang Ecuador dalam perlawanan persahabatan. Beliau termasuk dalam skuad Brazil yang beraksi di Copa América 2007. Beliau bermain untuk Brazil sebanyak empat perlawanan termasuk membuat satu hantaran dan menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam perlawanan akhir. Alves sebagai pemain gantian ketika separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 menentang Afrika Selatan, beliau juga menyelamatkan maruah Brazil dengan menjaringkan gol kemenangan amelalui sepakan percuma pada minit ke-88, Brazil menang 1-0.[19]

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
#TarikhArenaPihak lawanSkorKeputusanKejohanan
115 Julai 2007Estádio José Encarnación Romero, Maracaibo, VenezuelaBERJAYA Argentina3–03–0Copa América 2007
26 Jun 2009Stadium Centenario, Montevideo, UruguayBERJAYA Uruguay0–10–4Kelayakan Piala Dunia 2010
325 Jun 2009Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika SelatanBERJAYA Afrika Selatan1–01–1Piala Konfederasi FIFA 2009
47 Oktober 2010Stadium Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab BersatuBERJAYA Iran1–03–0Persahabatan
511 Oktober 2010Stadium Pride Park, Derby, EnglandBERJAYA Ukraine1–12–2Persahabatan
6.3 Jun 2014Estádio Serra Dourada, Goiânia, BrazilBERJAYA Panama3–03–0Persahabatan

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 7 Disember 2014.[20]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[21] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Bahia 2001 6060
2002 192192
Jumlah 252252
Sevilla 2002–03 10010110
2003–04 29161352
2004–05 3322090442
2005–06 36320140523
2006–07 3438014210575
2007–08 332308230474
Jumlah 175112214544024616
Barcelona 2008–09 34580120545
2009–10 2933011030483
2010–11 3525012220544
2011–12 3325110030523
2012–13 3006010110471
2013–14 272508220424
2014–15 110005000160
Jumlah 1991432168514031320
Jumlah kerjaya 39927542113918058438

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Bahia
Sevilla
Barcelona
  1. "FIFA Club World Cup UAE 2009 presented by Toyota: List of Players" (PDF). FIFA. 1 December 2009. m/s. 1. Dicapai pada 28 March 2014.
  2. "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 15 October 2014.
  3. "Daniel Alves: da Bahia para o sucesso" (dalam bahasa Portuguese). Esporte Clube Bahia. 26 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 7 January 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. "Liverpool cleared to sign Alves". BBC Sport. 15 June 2006. Dicapai pada 27 April 2009.
  5. "Sevilla keep hold of Alves". UEFA. 22 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-03. Dicapai pada 29 ay 2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. Caroe, Charlie (15 February 2008). "Alves alerts Chelsea and Tottenham". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-19. Dicapai pada 11 May 2009.
  7. "Alves courts Chelsea move". Eurosport. 1 August 2007. Dicapai pada 3 August 2007. [pautan mati]
  8. "Alves "cannot turn down" Chelsea". Eurosport. 3 August 2007. Dicapai pada 3 August 2007. [pautan mati]
  9. "Alves puts pressure on Sevilla". Eurosport. 8 August 2007. Dicapai pada 8 August 2007. [pautan mati]
  10. "Sevilla snub Alves bid". BBC Sport. 16 August 2008. Dicapai pada 7 January 2011.
  11. "Fresh Alves bids rejected". Eurosport. 22 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-26. Dicapai pada 1 September 2007.
  12. "Alves reveals Del Nido dismay". Sky Sports. 24 August 2007. Dicapai pada 1 September 2007.
  13. "Alves in 'no show'". Eurosport. 27 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-26. Dicapai pada 1 September 2013.
  14. "I have Sevilla to thank for everything..." Sevilla FC. 1 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-22. Dicapai pada 23 July 2008.
  15. "Alves: "Me voy como soñé, por la puerta grande"". El País (dalam bahasa Spanish). 1 July 2008. Dicapai pada 11 May 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. "Soccernet match stats". ESPNsoccernet. 13 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 11 May 2009.
  17. "Soccernet match report". ESPNsoccernet. 2 September 20082. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 11 May 20091. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  18. "Eric Abidal says Dani Alves offered him part of his liver for transplant". The Guardian. Associated Press. 16 September 2013. Dicapai pada 30 August 2014.
  19. "Brazil 1–0 South Africa". BBC Sport. 25 June 2009. Dicapai pada 25 June 2009.
  20. "Daniel Alves". ESPN Soccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-22. Dicapai pada 24 April 2010.
  21. Termasuk kejohanan lain iaiaut Supercopa de España, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA