Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Wan Ahmad Farid Wan Salleh | |
|---|---|
Wan Ahmad Farid pada 2019 | |
| Ketua Hakim Negara Malaysia ke-11 | |
| Menyandang jawatan 28 Julai 2025 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | Tengku Maimun Tuan Mat |
| Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman | |
| Menyandang jawatan 28 Julai 2025 | |
| Didahului oleh | Tengku Maimun Tuan Mat |
| Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
| Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Jelaing Mersat |
| Ahli Dewan Negara Malaysia | |
| Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
| Dalam jawatan 23 Disember 2008 – 9 April 2009 | |
| Dalam jawatan 23 Disember 2005 – 22 Disember 2008 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 13 November 1962 Kuala Terengganu, Terengganu |
| Parti politik | |
| Pasangan | Toh Puan Datin Sri Setia Intan Baizura Abdul Wahab |
| Bidang pengkhususan | Hakim |
Tun Dato' Sri Setia Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (lahir 13 November 1962) ialah hakim dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 sejak 18 Julai 2025.[1]
Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 5 tahun dan 3 bulan, dilantik pada 8 Ogos 2019.[2] Ketika dalam politik, beliau berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2009). Beliau merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bermula pada 19 Mac 2008 sehingga 9 April 2009. Beliau meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 ekoran kematian penyandangnya Razali Ismail. Walau bagaimanapun, beliau ditewaskan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Di peringkat parti beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Beliau telah mengumumkan bersara daripada politik pada tahun 2013.[3]
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilahirkan pada 13 November 1962 di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London yang diperoleh pada tahun 1985. Tahun berikutnya, beliau memperoleh pula Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya.[4]
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009
[sunting | sunting sumber]
Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 dan kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Beliau mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2009 | P036 Kuala Terengganu | Wan Ahmad Farid Wan Salleh (UMNO) | 30,252 | 47.77% | Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) | 32,883 | 51.92% | 63,993 | 2,631 | 79.76% | ||
| Azharuddin Mamat (Bebas) | 193 | 0.30% | ||||||||||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N15 Ladang | Wan Ahmad Farid Wan Salleh (UMNO) | 8,142 | 47.32% | Tengku Hassan Tengku Omar (PAS) | 9,066 | 52.68% | 17,373 | 924 | 86.70% | ||
Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Seri Setia Mahkota (SSM) – Tun (2026) [6][7]
Pahang :
Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) – Dato' Sri Setia (2026)[8]
Kelantan :
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) – Dato' (2025) [9]
Melaka :
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) – Datuk Seri Utama (2025) [10][11]
Terengganu :
Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) – Dato' (1996) [12][13]
Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT) (1994) [14]
Sabah :
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2026) [15]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑
- ↑ Biodata Hakim
- ↑ Anbalagan, V. (2017-05-24). "Judge disqualifies himself from Najib vs Pua shariah bill-related suit". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-03.
- ↑ "Biodata". umno-kt.tripod.com. Dicapai pada 2026-01-03.
- ↑ "Penyata Pengudian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi" (PDF). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 June 2011. Dicapai pada 18 July 2025. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "Senarai Penerima Seri Setia Mahkota Tahun 2026" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ↑ Bernama (1 Jun 2026). "Ketua Hakim Negara dikurnia gelaran Tun, dahului senarai penerima pingat sempena Hari Keputeraan Agong Sultan Ibrahim". Berita Harian.
- ↑ Bernama (2026-08-01). "Ketua hakim negara dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-01.
- ↑ Hidayatidayu Razali (29 September 2025). "KSN dahului 803 terima kehormatan kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan ke-56". Berita Harian.
- ↑ Bernama (24 Ogos 2025). "Chief Justice leads Melaka Governor's birthday honours list" (dalam bahasa Inggeris). theSun. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ↑ Amir Mamat (24 Ogos 2025). "Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ↑ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
- ↑ 397 To Receive Awards From Terengganu Sultan. New Straits Times. 21 Mei 1996.
- ↑ 441 On Sultan's Birthday List. New Straits Times. 29 April 1994.
- ↑ Izwan Abdullah (29 Mac 2026). "Tokoh korporat, Ketua Hakim Negara, KPN penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah". Berita Harian.
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Penerima Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan
- Penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Utama Negeri Melaka
- Penerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu
- Penerima Darjah Setia Mahkota Terengganu
- Kelahiran 1962
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang dari Terengganu
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Peguam Malaysia
- Hakim Malaysia
- Ketua Hakim Negara Malaysia
- Setiausaha Politik (Malaysia)
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-12


