Bandar Tropicana Aman
Bandar Tropicana Aman | |
|---|---|
Perbandaran | |
| Tropicana Aman | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | باندر تروڤيكنا امان |
| • Cina | 丽阳丰逸城 |
Bandar Tropicana Aman pada tahun 2021 | |
![]() Peta interaktif bagi Bandar Tropicana Aman | |
| Koordinat: 2°56′45.8″U 101°31′34.1″T / 2.946056°U 101.526139°T | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Kuala Langat |
| Mukim | Tanjong Duabelas |
| Dilancarkan | Mei 2015 |
| Ditubuhkan oleh | Tropicana Corporation Berhad |
| Kerajaan | |
| • Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Kuala Langat |
| Keluasan | |
• Jumlah | 349 ha (863 ekar) |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (WMP) | Tidak diperhatikan |
| Poskod | 42500 |
| Tapak sesawang | Tapak sesawang rasmi |
Bandar Tropicana Aman,[1] atau hanya Tropicana Aman, merupakan sebuah perbandaran seluas 863 ekar (349 he)[2] yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Perbandaran ini telah dilancarkan pada Mei 2015 oleh Tropicana Corporation Berhad.[3]
Poskod yang digunakan di Bandar Tropicana Aman ialah 42500 Telok Panglima Garang.[4]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Bandar Tropicana Aman terletak dalam Mukim Tanjong Duabelas, iaitu satu daripada tujuh mukim di daerah Kuala Langat. Selain itu, Bandar Tropicana Aman terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dimana ia berada di Zon 3 MPKL.[1]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]
Bandar Tropicana Aman mempunyai sebuah taman sentral yang berkeluasan 85 ekar (34 he).[2] Taman sentral ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Eastlake Park (Taman Tasik Timur) dan Westlake Park (Taman Tasik Barat).[5]
Pusat Rekreasi Tropicana Aman merupakan sebuah pusat rekreasi yang terletak di perbandaran ini.[6] Ia juga terletak berhampiran taman sentral.
Terdapat dua sekolah utama di Bandar Tropicana Aman, antaranya: SJK (C) Bukit Fraser dan Sekolah Antarabangsa Tenby.[2][7]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya
[sunting | sunting sumber]Bandar Tropicana Aman boleh diakses melalui 5 lebuhraya utama ini.[2]
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Pengangkutan awam
[sunting | sunting sumber]SP31 KJ37 Stesen LRT Putra Heights ialah stesen kereta api yang paling hampir dengan Bandar Tropicana Aman mengikut jarak melalui Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "SEMPADAN MPP ZON 3 SESI 2026-2027" (PDF). mpkl.gov.my. Dicapai pada 5 Jun 2025.
- 1 2 3 4 "Tropicana Aman". Tropicana Corporation Berhad (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2026.
- ↑ Wyn, Lam Jian (22 Jun 2015). "City & Country: Tropicana Aman promotes active living". The Edge Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2026.
- ↑ "Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang". postcode.my. Dicapai pada 5 Jun 2026.
- ↑ "Tropicana Aman Master Plan". Tropicana Aman. Dicapai pada 5 Jun 2026.
- ↑ "TROPICANA AMAN RECREATIONAL HUB". Tropicana Aman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2026.
- ↑ "Tenby International School". Tropicana Corporation Berhad (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2026.

