Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 441,099 buah rencana.
Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Gamelan Melayu, juga dikenali sebagai Joget Gamelan, ialah kesenian istana Melayu yang menggabungkan muzik dan tarian. Kesenian ini secara tradisinya dikaitkan dengan istana diraja Pahang dan Terengganu, dan merupakan salah satu cabang tradisi gamelan yang berkembang di Kepulauan Asia Tenggara. Walaupun mempunyai hubungan sejarah dengan tradisi gamelan di wilayah lain, gamelan Melayu berkembang dengan lagu, tarian dan gaya persembahannya yang tersendiri.
Asal-usul gamelan Melayu dapat dikesan kepada lingkungan istana Johor-Riau dan Riau–Lingga, sebelum dibawa ke Pahang pada abad ke-19 melalui hubungan kekeluargaan antara keluarga pemerintah Melayu. Di Pahang, kesenian ini berkembang sebagai hiburan dan persembahan istana sebelum mencapai kemuncak perkembangannya di Terengganu pada awal abad ke-20. Selain muzik yang dimainkan dengan alat-alat seperti gong, gambang dan metalofon, tradisi ini turut merangkumi satu himpunan tarian istana yang dikenali sebagai Joget Gamelan. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Gempa bumi magnitud 7.7 (foto) melanda pantai Flores, Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 73 kematian.
- Bekas Perdana Menteri China Zhu Rongji meninggal dunia pada usia 97.
- Gerhana matahari menyebabkan merangkumi kawasan dari Siberia ke Iberia.
- Sebuah feri terbalik di Tasik Kariba, Zimbabwe, menyebabkan sekurang-kurangnya 94 orang terkorban.
- Satu gempa bumi berukuran 7.4 melanda Departmen Chocó, Colombia, menyebabkan sekurang-kurangnya 254 orang terkorban.
Tahukah anda...
{{#|}}
- ... bahawa jalan raya paling lurus dan terpanjang di Malaysia terletak di Keningau, Sabah. Jalan ini menjangkau sehingga 19 kilometer.
- "... bahawa Perang Korea sudah ditamatkan pada April 2018 yang sebelum ini berlarutan sejak tahun 1950?"
- ... bahawa Pokémon adalah francais media terlaris sepanjang masa, lebih besar daripada Star Wars dan Marvel Cinematic Universe.
- "... bahawa kubu pertahanan pantai Fort Jefferson, Florida dibina dengan menggunakan kira-kira 16 juta bata?"
- "... bahawa Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri yang mempunyai Raja atau Sultan sahaja?"
Hari ini dalam sejarah
- 1485 – Angkatan Lancaster menewaskan angkatan York pimpinan Richard III dalam Pertempuran Padang Bosworth, menamatkan Perang Bunga Ros.
- 1639 – Syarikat Hindia Timur Inggeris membeli sebidang tanah di tempat yang kini ialah Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.
- 1851 – Perahu layar America memenangi Piala Amerika (gambar) yang pertama berhampiran Pulau Wight, England.
- 1864 – Pergerakan Palang Merah yang diketuai Henry Dunant bermula apabila 12 negara Eropah menandatangani Konvensyen Geneva Pertama, menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
- 1910 – Korea diilhak oleh Jepun dengan penandatanganan Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea, memulakan pemerintahan Jepun di Korea.
Gambar pilihan
|
Koma-koma (Crocus sativus) atau lebih dikenali dengan nama safron merupakan sejenis rempah berasal dari Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Herba yang digelar "Emas Padang Pasir" merupakan antara rempah yang termahal di dunia. Selain terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya, warnanya yang menarik serta baunya yang harum menjadikan ia digunakan dengan meluas dalam masakan, kecantikan dan perubatan.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Brunei • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
| Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 16.7 | 441,099 | 1,189,661 | 6,921,689 | 408,337 (2,059 aktif) | 15 | 17,903 |
- Perbaiki kandungan
