X (rangkaian sosial)
Logo yang digunakan sejak September 2025 | |
Laman depan selepas log keluar | |
| Dahulu |
|
|---|---|
Jenis tapak | Perkhidmatan rangkaian sosial |
| Tersedia dalam | Pelbagai bahasa |
| Diasaskan | 21 Mac 2010 |
| Kawasan khidmat | Seluruh negara, kecuali negara yang disekat |
| Pemilik | Twitter, Inc. |
| Pengasas | Alif Aiman |
| CEO | Parag Agrawal (fired)[2] Elon Musk (Ceo) |
| URL | x |
| Pendaftaran | Diperlukan |
| Pengguna | 229 juta DAU (Q1 2022) |
| Dilancarkan | 2011 |
| Status semasa | Aktif |
| Klien natif pada | |
| Ditulis dalam | |
| [3][4][5][6] | |
X, dikenali sebelum ini sebagai Twitter[a] ialah sebuah perkhidmatan mikroblog dan rangkaian sosial Amerika Syarikat, yang beribu pejabat di Bastrop, Texas. Ia merupakan salah satu platform media sosial terbesar di dunia dan salah satu laman web yang paling banyak dikunjungi.[7][8] Pengguna boleh berkongsi mesej teks pendek, imej, dan video dalam hantaran pendek (biasanya dan secara tidak rasmi dikenali sebagai "ciapan", merujuk kepada istilah lama laman tersebut untuk format berkenaan) serta menyukai kandungan pengguna lain.[9] Platform ini juga merangkumi pesanan langsung, panggilan video dan audio, penanda buku, senarai, komuniti, integrasi bot sembang Grok, carian kerja,[10] dan ciri audio sosial (X Spaces). Pengguna boleh mengundi pada konteks yang ditambahkan oleh pengguna yang diluluskan menggunakan ciri Nota Komuniti.
Platform ini dicipta pada Mac 2006 sebagai Twitter oleh Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone, dan Evan Williams, dan telah dilancarkan pada Julai tahun tersebut; pada asalnya dinamakan twttr, ia dinamakan semula sebagai Twitter beberapa bulan kemudian. Platform ini berkembang pesat; menjelang tahun 2012 lebih daripada 100 juta pengguna menghasilkan 340 juta ciapan setiap hari.[11] Twitter, Inc., berpangkalan di San Francisco, California, dan mempunyai lebih daripada 25 buah pejabat di seluruh dunia.[12] Ciri utama perkhidmatan ini pada asalnya ialah hantaran diwajibkan untuk ditulis secara ringkas. Hantaran pada mulanya dihadkan kepada 140 aksara, yang kemudiannya diubah kepada 280 aksara pada tahun 2017. Had tersebut telah ditarik balik untuk akaun yang melanggan pada tahun 2023.[13] Sebanyak 10% pengguna menghasilkan lebih 80% daripada keseluruhan ciapan.[14][15] Pada tahun 2020, dianggarkan kira-kira 48 juta akaun (15% daripada semua akaun) dikendalikan oleh bot Internet dan bukannya manusia.[16]
Perkhidmatan ini dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat X Corp., yang ditubuhkan bagi menggantikan pemilik terdahulu Twitter, Inc. pada Mac 2023 berikutan pengambilalihan Twitter pada Oktober 2022 oleh Elon Musk pada harga AS$44 bilion. Musk menyatakan bahawa matlamatnya dengan pengambilalihan tersebut adalah untuk mempromosikan kebebasan bersuara di platform berkenaan. Sejak pengambilalihannya, platform ini telah dikritik kerana membolehkan peningkatan penyebaran disinformasi[17][18][19] dan ucapan kebencian[20][21][22] serta dituduh menjadi semakin berhaluan kanan dan memenuhi keperluan kumpulan benci.[23][24][25][26] Platform ini mempunyai kadar penguatkuasaan terendah terhadap pelanggaran undang-undang, dan dasarnya selepas Musk memecat pekerja era Twitter telah menghadapi kritikan. Pada Februari 2026, Perancis telah menyerbu pejabat X dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Musk kerana melanggar Akta Perkhidmatan Digital, Akta Keselamatan Dalam Talian, dan Akta Keselamatan Dalam Talian Australia, serta mendenda platform tersebut kerana gagal menurunkan kandungan berbahaya dan haram.[27][28][29]
Linda Yaccarino menggantikan Musk sebagai CEO pada 5 Jun 2023, dengan Musk kekal sebagai pengerusi dan ketua pegawai teknologi.[30][31][32] Pada Julai 2023, Musk mengumumkan bahawa Twitter akan dijenamakan semula kepada "X" dan logo burung akan digantikan, suatu proses yang telah disempurnakan menjelang Mei 2024.[33][34] Pada Mac 2025, X Corp. telah diambil alih oleh xAI, iaitu syarikat kecerdasan buatan milik Musk. Perjanjian tersebut, yang merupakan transaksi semua saham, menilai X pada harga $33 bilion, dengan penilaian penuh sebanyak $45 bilion apabila mengambil kira hutang sebanyak $12 bilion. Sementara itu, xAI sendiri dinilai pada harga $80 bilion.[35][36] Pada Julai 2025, Yaccarino meletakkan jawatan daripada peranannya sebagai CEO.[37] Pada Februari 2026, pemilik platform berkenaan, xAI, telah diambil alih oleh SpaceX; ini menandakan kali keenam platform media sosial tersebut bertukar tangan dan kali ketiga di bawah pemilikan Musk.[38][39]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 30 Jun 2023, Twitter telah mengehadkan paparan kicauannya hanya kepada pengguna yang telah mengelog masuk namun beberapa hari kemudian, had ini telah dibuang sekitar pelancaran rangkaian sosial Threads oleh Meta Platforms.[40][41]
Teknologi
[sunting | sunting sumber]Twitter disifatkan serupa dengan klien IRC berasaskan Web.[42] Antara muka Web Twitter menggunakan kerangka Ruby on Rails[43] yang disediakan pada Ruby Enterprise Edition dan bukannya pelaksanaan Ruby vanila atas sebab-sebab prestasi[44].
Dari musim bunga tahun 2007 hingga 2008, mesej-mesej sebenar diuruskan oleh pelayan baris gilir gigih Ruby yang dipanggil Starling[45], tetapi mulai tahun 2009, kaedah ini beransur-ansur digantikan oleh perisian yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Scala.[46] APInya membolehkan perkhidmatan web dan aplikasi lain bersepadu dengan Twitter.[47]
Fungsi gelintaran dalam sistem menggunakan hashtag, iaitu perkataan atau ungkapan yang berawalan #. Contohnya, apabila "beer" dicari, hasilnya ialah semua mesej yang termasuk #beer.[48] Begitu juga, lambang @ diikuti nama pengguna membolehkan pengguna menghantar mesej terus ke satu sama lain. Misalnya, mesej yang tertera @example akan ditujukan ke pengguna "example", tetapi masih boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.[49]
Melalui SMS, pengguna boleh berhubung dengan Twitter melalui lima nombor get laluan, iaitu kod ringkas untuk Amerika Syarikat, Kanada, India, New Zealand, dan nombor berasaskan Isle of Man untuk kegunaan antarabangsa. Terdapat juga kod di United Kingdom yang hanya boleh dicapai oleh pengguna rangkaian Vodafone dan O2.[50]
Antara muka
[sunting | sunting sumber]Pengarang teknologi Steven Johnson menyifatkan mekanik-mekanik asas Twitter sebagai "luar biasa mudahnya:"[51]
Sebagai rangkaian sosial, Twitter berkisarkan prinsip para pengikut. Apabila anda memilih untuk mengikuti seorang lagi pengguna Twitter, maka tweet-tweet pengguna itu terpapar dalam urutan kronologi terbalik pada halaman Twitter utama anda. Jika anda mengikuti 20 orang, maka anda akan melihat beraneka tweet ketika menatal ke bawah halaman: berita terkini bijiran sarapan, pautan baru yang menarik, cadangan muzik, juga lamunan mengenai masa depan pendidikan.
Pada 30 April 2009, Twitter memperhalusi antara mukanya dengan menambah bar gelintar dan bar sisi Trending Topics, iaitu ungkapan-ungkapan yang paling banyak terdapat dalam semua mesej-mesej terbaru. "Setiap kemas kini umum yang dihantar ke Twitter dari mana-mana di seluruh dunia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, boleh diindekskan dengan segera lalu dimudahkan penemuannya melalui enjin gelintar masa nyata terbaru kami," jelas Biz Stone. "Dengan ciri-ciri yang baru dilancarkan ini, Twitter telah menjadi penting di luar jangkaan—sebuah enjin penemuan untuk mengetahui apa yang berlaku sekarang."[52]
Kandungan mesej
[sunting | sunting sumber]Firma penyelidikan pasaran yang bertapak di San Antonio, iaitu Pear Analytics mengupas 2,000 tweet (yang berasal dari AS dan berbahasa Inggeris) sepanjang tempoh dua minggu dari 11:00 pagi hingga 5:00 petang (CST) lalu mengasingkannya kepada enam kategori:[53]
- Berita (News)
- Spam
- Promosi diri (Self-promotion)
- Raban tanpa faedah (Pointless babble)
- Perbualan (Conversational)
- Hantaran semula (Pass-along value)
Firma ini mendapati bahawa "raban tanpa faedah" merupakan kategori terbesar di kalangan kandungan Twitter, iaitu sehingga 811 tweet atau 40.55% jumlah mesej dalam sampel.
Mesej perbulaan pula menjelaskan 751 mesej atau 37.55%, "tweet semula" atau retweet merangkumi 174 mesej atau 8.70%, promosi diri oleh syarikat ada 117 mesej atau 5.85%, spam ada 75 mesej atau 3.75%, dan mesej-mesej daripada penerbit media arus perdana pula mengisi 72 mesej atau 3.60%.[53]
Penyelidik rangkaian sosial, Danah Boyd membalas pantauan Pear Analytics dengan hujah bahawa apa yang dilabelkan oleh para penyelidik Pear sebagai "meraban tanpa faedah" sewajarnya disifatkan sebagai "kesedaran remeh-temeh" atau "latihan sosial" semata-mata.[54]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan pengguna Twitter merupakan golongan dewasa berusia yang mungkin tidak pernah menggunakan laman sosial yang lain sebelum Twitter, mengikut Jeremiah Owyang, seorang penganalisis industri yang mengkaji media sosial. "Golongan dewasa cuma mengejar apa yang dilakukan oleh golongan remaja kebelakangan ini,".[55]
Cuma 11% pengguna Twitter berusia antara 12 hingga 17 tahun, mengikut comScore[55], dikatakan berpunca daripada masa awal penerimaan Twitter ketika rangkaian sosial ini mula-mula menjadi popular di kalangan sektor perniagaan dan berita, maka menyebabkan penggunaannya cenderung kepada golongan lebih berusia. Bagaimanapun, baru-baru ini comScore mendapati apabila Twitter mula "mendalami arus perdana, wujudnya juga budaya selebriti sejak Shaq, Britney Spears dan Ashton Kutcher menyertai golongan 'Twitterati'."[56]
Gangguan
[sunting | sunting sumber]Sekiranya Twitter mengalami gangguan, para pengguna melihat imej mesej ralat "fail whale" (ikan paus gagal) lukisan Yiying Lu,[57] iaitu ilustrasi sekawan burung merah menggonggong jaring untuk mengangkut seekor ikan paus dari lautan berserta teks [58] "Too many tweets! Please wait a moment and try again." (Terlalu banyak tweet! Sila tunggu sebentar dan cuba lagi.)[58]
Twitter mengalami kira-kira 98% masa hidup pada tahun 2007, atau kira-kira enam hari penuh masa henti.[59] Masa henti Twitter amat ketara terutamanya ketika berlangsungnya acara-acara yang digemari oleh industri teknologi seperti ucap utama Macworld Conference & Expo 2008.[60][61] Pada Mei 2008, pasukan kejuruteraan baru Twitter melakukan perubahan seni bina untuk menangani pertumbuhan mendadak. Isu-isu kestabilan telah menyebabkan Twitter mengalami masa henti atau ciri-cirinya dihentikan sementara.
Pada tahun 2008, Twitter memberhentikan khidmat SMS percuma kepada pengguna di United Kingdom,[62] dan juga selama kira-kira lima bulan, khidmat pesanan percuma melalui bot XMPP disenaraikan "tiada buat sementara waktu".[63] Pada 10 Oktober 2008, blog status Twitter mengumumkan bahawa khidmat pesanan segera (IM) bukan lagi mengalami gangguan sementara, sebaliknya perlu diubah suai. Twitter ingin mengembalikan khidmat IM-nya tidak lama lagi, cuma memerlukan banyak kerja.[64]
Pada 12 Jun 2009, dalam kejadian yang hampir menimbulkan "Twitpocalypse", pengenal unik yang dihubungkan dengan setiap tweet mencecah had integer bertanda 32-bit.[65] Walaupun Twitter sendiri tidak terjejas, namun sebilangan kilen pihak ketiga mendapati bahawa mereka tidak dapat mencapai tweet terkini lagi. Maka keluarnya khidmat tampung dengan segera, namun sesetengah aplikasi iPhone terpaksa menunggu kelulusan daripada App Store.[66] Pada 22 September, pengenal tersebut mencecah had integer tanpa tanda 32-bit sekali lagi mengganggu klien pihak ketiga.[67]
Pada 6 Ogos 2009, Twitter dan Facebook mengalami serangan khidmat ditolak yang menyebabkan laman web Twitter terputus selama beberapa jam.[68] Tidak lama kemudian, disahkan bahawa serangan tersebut diajukan kepada seorang pengguna pro-Georgia sempena ulang tahun perang Ossetia Selatan 2008, dan bukannya laman-laman yang terjejas itu.[69]
Privasi dan keselamatan
[sunting | sunting sumber]Twitter mengumpul maklumat kenal pasti peribadi mengenai para penggunanya, serta mengongsikannya dengan pihak ketiga. Perkhidmatan ini bertegas bahawa maklumat berkenaan ialah asetnya, dan memelihara hak untuk menjualnya jika milikan syarikat bertukar tangan.[70] Biarpun Twitter tidak memaparkan apa-apa iklan, namun pengiklan boleh menyasarkan pengguna berdasarkan sejarah tweet mereka, dan sesekali memetik tweet tersebut dalam iklan.[71]
Kerentanan keselamatan dilaporkan pada 7 April 2007, oleh Nitesh Dhanjani dan Rujith. Memandangkan Twitter menggunakan nombor telefon penghantar pesanan SMS sebagai pengesahan, maka pengguna-pengguna berniat jahat boleh mengemas kini halaman status orang lain dengan SMS olok-olokan.[72] Kerentanan ini berguna hanya jika pengolok mengetahui nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun mangsanya. Beberapa minggu selepas penemuan kerentanan tersebut, Twitter memperkenalkan pilihan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang mana penggunanya boleh menentukan agar mesej-mesej yang berasal daripada SMS diberikan pengesahan.[73]
Pada 5 Januari 2009, 33 akaun Twitter berprofil terjejas setelah kata laluan seorang pentadbir Twitter berjaya diteka oleh serangan kamus.[74] Daripada akaun-akaun terlibat dihantarnya tweet palsu, termasuk sekali mesej-mesej yang berunsur seks dan dadah.[75]
Pada 11 Jun 2009, Twitter melancarkan versi beta bagi khidmat Verified Accounts (Akaun Sahih), membolehkan tokoh-tokoh terkenal memperjelaskan akaun Twitter yang mana milik mereka. Laman-laman akaun sahih ini memaparkan lencana yang menandakan status istimewa ini.[76]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ MacArthur, Amanda (25 November 2024). "From Dorsey's First Tweet to Musk's Ownership: A Comprehensive History of Twitter". Lifewire. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2025. Dicapai pada 26 Februari 2025.
- ↑ "Twitter CTO Parag Agrawal will replace Jack Dorsey as CEO". cnbc.com. 29 November 2021.
- ↑ "US SEC: FY2021 Form 10-K Twitter, Inc". U.S. Securities and Exchange Commission. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ↑ "Twitter – Company". about.twitter.com. Dicapai pada 30 Julai 2019.
- ↑ Humble, Charles (4 Julai 2011). "Twitter Shifting More Code to JVM, Citing Performance and Encapsulation As Primary Drivers". InfoQ. Dicapai pada 15 Januari 2013.
- ↑ Lauren Feiner (28 April 2022). "Twitter reports user bump, revenue miss for Q1, days after accepting Musk's takeover bid". CNBC.
- ↑ Kolodny, Lora (18 September 2023). "Elon Musk says Twitter, now X, is moving to monthly subscription fees and has 550 million users" (dalam bahasa Inggeris). CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2023. Dicapai pada 19 September 2023.
- ↑ "Top Websites Ranking". Similarweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2022. Dicapai pada 19 Jun 2024.
- ↑ Conger, Kate (3 Ogos 2023). "So What Do We Call Twitter Now Anyway?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2023. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
- ↑ "X, formerly Twitter, opens job search function to all users". HR Dive (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
- ↑ "Twitter turns six". 21 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2014 – melalui Twitter.
- ↑ "Company: "About Twitter"". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2016. Dicapai pada 24 April 2014.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTwitter_500 - ↑ Carlson, Nicholas (2 Jun 2009). "Stunning New Numbers on Who Uses Twitter". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2021. Dicapai pada 9 Januari 2021.
- ↑ Wojcik, Stefan; Hughes, Adam (24 April 2019). "Sizing Up Twitter Users". Pew Research Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRodriguez - ↑ Milmo, Dan (9 Oktober 2023). "X criticised for enabling spread of Israel-Hamas disinformation". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2023. Dicapai pada 10 Oktober 2023.
- ↑ Goswami, Rohan (9 Oktober 2023). "X, formerly Twitter, amplifies disinformation amid the Israel-Hamas conflict" (dalam bahasa Inggeris). CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2023. Dicapai pada 10 Oktober 2023.
- ↑ Lyngaas, Sean; O'Sullivan, Donie; Duffy, Clare (9 Oktober 2023). "Elon Musk's X adds to fog of war at outset of Israel-Hamas conflict" (dalam bahasa Inggeris). CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2023. Dicapai pada 10 Oktober 2023.
- ↑ "New Report Suggests Hate Speech is on the Rise on Twitter 2.0". Social Media Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2023. Dicapai pada 13 April 2023.
- ↑ Sato, Mia (2 Disember 2022). "Hate speech is soaring on Twitter under Elon Musk, report finds". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2023. Dicapai pada 13 April 2023.
- ↑ Frenkel, Sheera; Conger, Kate (2 Disember 2022). "Hate Speech's Rise on Twitter Is Unprecedented, Researchers Find". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2023. Dicapai pada 9 September 2023.
- ↑ "Read this: A new report shows X is amplifying far-right accounts". Yahoo News. 7 November 2025.
- ↑ Prokop, Andrew (2 Januari 2026). "Elon Musk created a monster that's tearing the right apart". Vox.
- ↑ "Conspiracy theorists, homophobes, neo-Nazis: Ten accounts that embody Twitter's change under Musk". 19 Disember 2022 – melalui Le Monde.
- ↑ Carl, Noah. "Has X become a Right-wing echo chamber?".
- ↑ "X offices raided in France as UK opens fresh investigation into Grok". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 3 Februari 2026. Dicapai pada 23 Mei 2026.
- ↑ "Elon Musk's X fined €120m over 'deceptive' blue ticks". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 5 Disember 2025. Dicapai pada 23 Mei 2026.
- ↑ "Australian judge fines X $465,000 for online safety breach after 3-year court battle". NBC News (dalam bahasa Inggeris). 21 Mei 2026. Dicapai pada 23 Mei 2026.
- ↑ Frier, Sarah (5 Jun 2023). "Twitter's New CEO Linda Yaccarino Has First Day in the Role". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2023. Dicapai pada 6 Jun 2023.
- ↑ Miller, Monica (21 Disember 2022). "Elon Musk to quit as Twitter CEO when replacement found". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2023. Dicapai pada 21 Disember 2022.
- ↑ "Twitter's New CEO Linda Yaccarino Has First Day in the Role". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 6 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 9 September 2023.
- ↑ Valinsky, Jordan (24 Julai 2023). "Twitter X logo: Elon Musk rebrands social media platform". CNN Business (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2023. Dicapai pada 25 Julai 2023.
- ↑ "Elon Musk reveals rebranding of Twitter as X – and what he wants us to now call a tweet" (dalam bahasa Inggeris). Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2023. Dicapai pada 25 Julai 2023.
- ↑ Levy, Lora; Kolodny, Ari (28 Mac 2025). "Elon Musk says xAI has acquired X in deal that values social media site at $33 billion". CNBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2025.
- ↑ "Musk's xAI buys his social media platform X". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2025. Dicapai pada 29 Mac 2025.
- ↑ Levy, Ashley; Kolodny, Capoot (9 Julai 2025). "Linda Yaccarino steps down as CEO of Elon Musk's X". CNBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2025.
- ↑ Ryan Mac; Kate Conger; Maureen Farrell; Rob Copeland (2 Februari 2026). "Elon Musk Merges SpaceX With His A.I. Start-Up xAI" – melalui NYTimes.com.
- ↑ Wang, Echo; Roulette, Joey (2 Februari 2026). "SpaceX acquires xAI in record-setting deal as Musk looks to unify AI and space ambitions". Yahoo Finance. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2026. Dicapai pada 3 Februari 2026.
- ↑ Effi Saharudin (1 Julai 2023). "Kandungan Twitter Tidak Lagi Boleh Dibaca Tanpa Akaun". Amanz. Dicapai pada 7 Julai 2023.
- ↑ "Twitter Kini Kembali Membolehkan Orang Ramai Melihat Tweet, Walau Tidak Berdaftar Atau Log Masuk". Amanz. 6 Julai 2023. Dicapai pada 7 Julai 2023.
- ↑ Stutzman, Fred (11 April 2007). "The 12-Minute Definitive Guide to Twitter". AOL Developer Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2012. Dicapai pada 12 November 2008.
- ↑ Gomes, Lee (22 Jun 2009). "The Pied Piper of Pay". Forbes. Dicapai pada 16 Jun 2009.
- ↑ ryan king (25 September 2009). "Twitter on Ruby". Dicapai pada 31 Oktober 2009.
We recently migrated Twitter from a custom Ruby 1.8.6 build to a Ruby Enterprise Edition release candidate, courtesy of Phusion. Our primary motivation was the integration of Brent's MBARI patches, which increase memory stability.
- ↑ Payne, Alex (16 Januari 2008). "Announcing Starling". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2008. Dicapai pada 11 Januari 2009.
- ↑ Venners, Bill (3 April 2009). "Twitter on Scala". Artima Developer. Dicapai pada 17 Jun 2009.
- ↑ "API Documentation". Google Groups. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2008. Dicapai pada 8 Mei 2008.
- ↑ Flynn, Montana (8 April 2009). "How To: #Hashtags on twitter (#quote, #followfriday, etc..)". Complimedia. Dicapai pada 17 Jun 2009.
- ↑ Strachan, Donald (19 Februari 2009). "Twitter: how to set up your account". The Daily Telegraph. Dicapai pada 14 Jun 2009.
- ↑ Andrews, Robert (27 Mac 2009). "Twitter brings back UK SMS; Vodafone first, others to follows". The Guardian. Dicapai pada 7 Jun 2009.
- ↑ "How Twitter Will Change the Way We Live". Majalah Time. 5 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2010. Dicapai pada 21 Ogos 2009. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ↑ Stone, Biz (30 April 2009). "Twitter Search for Everyone!". Twitter. Dicapai pada 7 Mei 2008.
- 1 2 Kelly, Ryan, penyunting (12 Ogos 2009), "Twitter Study - August 2009" (PDF), Twitter Study Reveals Interesting Results About Usage (PDF), San Antonio, Texas: Pear Analytics, dicapai pada 18 Ogos 2009 Cite has empty unknown parameter:
|coeditors=(bantuan) - 1 2 Miller, Claire Cain (25 Ogos 2009). "Who's Driving Twitter's Popularity? Not Teens". The New York Times. Dicapai pada 18 September 2009. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ↑ Lipsman, Andrew (2 September 2009). "What Ashton vs. CNN Foretold About the Changing Demographics of Twitter". comScore. Dicapai pada 18 September 2009. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ↑ Walker, Rob (15 Februari 2009). "Fail Whale". Consumed. New York Times Magazine. m/s. 17. Dicapai pada 15 Februari 2009.
- 1 2 Whyte, Murray (1 Jun 2008). "Tweet, tweet there's been an earthquake; How an online social network chirpily called Twitter is becoming anything but trivial". Toronto Star. Dicapai pada 1 Jun 2008.
- ↑ "Twitter growing pains cause lots of downtime in 2007". Pingdom. 19 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2010. Dicapai pada 17 Jun 2009.
- ↑ Dorsey, Jack (15 Januari 2008). "MacWorld". Twitter. Dicapai pada 7 Mei 2008.
- ↑ Kuramoto, Jake (15 Januari 2008). "MacWorld Brings Twitter to its Knees". Oracle AppsLab. Dicapai pada 7 Mei 2008.
- ↑ "Changes for Some SMS Users—Good and Bad News". Twitter (blog). 13 Ogos 2008. Dicapai pada 14 Jun 2009.
- ↑ Dorsey, Jack (23 Mei 2008). "Twitter IM down May 23rd–May 24th". Get Satisfaction. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2008. Dicapai pada 29 Julai 2008.
- ↑ Williams, Evan (10 Oktober 2008). "IM: Not coming soon". Twitter status blog. Dicapai pada 31 Disember 2008.
- ↑ Siegler, MG (12 Jun 2009). "Twitter Moves Up The Twitpocalypse. All Hell May Break Loose Today". TechCrunch. Dicapai pada 18 Julai 2009.
- ↑ O'Brien, John (24 Jun 2009). "The age of the Twitpocalypse". news.com.au. News Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2009. Dicapai pada 13 Julai 2009.
- ↑ Parr, Ben (21 September 2009). "Twitpocalypse II: Twitter Apps Might Break Tomorrow". Dicapai pada 23 September 2009.
- ↑ Claburn, Thomas (6 Ogos 2009). "Twitter Downed By Denial Of Service Attack". InformationWeek. Dicapai pada 6 Ogos 2009.
- ↑ "Web attack 'aimed at one blogger'". BBC News. 7 Ogos 2009. Dicapai pada 7 Ogos 2009.
- ↑ "Twitter Privacy Policy". Twitter. 14 Mei 2007. Dicapai pada 11 Mac 2009.
- ↑ Hansell, Saul (16 Julai 2009). "Advertisers Are Watching Your Every Tweet". The New York Times. Dicapai pada 17 Julai 2009.
- ↑ Gilbertson, Scott (11 Jun 2007). "Twitter Vulnerability: Spoof Caller ID To Take Over Any Account". Webmonkey. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2009. Dicapai pada 6 April 2009.
- ↑ Leyden, John (6 Mac 2009). "Twitter SMS spoofing still undead". The Register. Dicapai pada 17 Jun 2009.
- ↑ Stone, Biz (5 Januari 2009). "Monday Morning Madness". Dicapai pada 17 Jun 2009.
- ↑ Bellantoni, Christina (5 Januari 2009). "Obama's Twitter site hacked?". The Washington Times. Dicapai pada 5 Januari 2009.
- ↑ McCarthy, Caroline (12 Jun 2009). "Twitter power players get shiny 'verified' badges". Dicapai pada 1 Julai 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Tapak sesawang rasmi
- (Inggeris) Profil Demografi dan Para Pembaca Twitter di Quantcast
- (Inggeris) Arkib Mendalam Twitter oleh The Daily Telegraph
- (Inggeris) Klien-klien Twitter
- (Inggeris) Alat kata kunci Twitter
- ↑ Dikenali sebagai Twitter dari tahun 2006 sehingga 2023, apabila platform ini dijenamakan semula kepada X berikutan pengambilalihannya oleh Elon Musk
<ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan