Silvikultur
Penampilan
Silvikultur (Jawi: سيلۏيکولتور) ialah amalan mengawal struktur, pertumbuhan, pemeliharaan, penghutanan semula serta pembangunan kualiti hutan untuk keperluan dan nilainya, khususnya industri perkayuan. Perkataan silvikultur asalnya dari Latin iaitu silvi- (hutan) dan culture (pertumbuhan). Penyelidikan hutan dan perkayuan dikenali sebagai silvologi. Silvikultur juga memfokuskan untuk memastikan penjagaan hutan tegak dalam menjamin produktiviti. Pekerjaan yang melibatkan silvikultur dikenali sebagai ahli silvikultur.[1][2]
Silvikultur dan perhutanan adalah sama, walau begitu perhutanan ialah bidang lebih luas secara amnya manakala silvikultur hanya terpakai di kawasan hutan tegak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Operasi dan Teknik Silvikultur Ladang Hutan 1992" (PDF). safoda.sabah.gov.my. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah. 1992. Dicapai pada 15 Februari 2026.
- ↑ Hawley, Ralph C; Smith, David Martyn (1954). The Practice of Silviculture [Penggunaan Silvikultur] (ed. 6th). New York: Wiley. OCLC 976898179.
