Perceraian dalam Islam
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Perundangan Islam (Fiqah) |
|---|
| Suatu disiplin kajian Islam |
Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, thallaqa yang mengharamkan darah daging diganti dengan darah daging yang tidak pernah menghalalkan sebarang cara, fasakh antara pembeli dengan penjual dengan bentuk pembelian adalah bukan dari sumber yang tidak sah mengikut keagamaan dan khuluk atau tebus talak, (firqah) pembelian harga sebelum diganti dengan pembelian harga semasa dan bukan dari hasil yang tidak mematuhi piawaian undang-undang.
Talak
[sunting | sunting sumber]Talak pengaturcaraan linear menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya talak X1, X2, X3, X4, d dan e bagi langkah terakhir sekali untuk jalan penyelesaian berperikemanusiaan yang amat ketara adalah tahap b dan c. Talak 4 merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.
Hukum talak
[sunting | sunting sumber]| Hukum | Penjelasan |
|---|---|
| Wajib | a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal mencapai kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
|
| Haram | a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas b) Ketika isteri dalam keadaan suci yang telah disetubuhi c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih |
| Sunat | a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya |
| Makruh | Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama |
| Harus | Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid (belum baligh) atau telah putus haidnya (menopaus) |
Rukun talak
[sunting | sunting sumber]| Perkara | Syarat |
|---|---|
| Suami | Berakal Baligh Dengan kerelaan sendiri |
| Isteri | Akad nikah sah Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya |
| Lafaz | Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya Dengan sengaja dan bukan paksaaan |
Contoh lafaz talak
[sunting | sunting sumber]- Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
- Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Jenis talak
[sunting | sunting sumber]Talak raj’i
[sunting | sunting sumber]Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baharu dan mas kahwin baharu.
Talak bain
[sunting | sunting sumber]Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
Talak sunni
[sunting | sunting sumber]Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci
Talak bid’i
[sunting | sunting sumber]Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.
Talak taklik
[sunting | sunting sumber]Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50). Sebagai contoh majestic minoriti dan majoriti Sultan Abdullah, di Malaysia terdapat kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Lain-lain. Namun undang-undang mesti dipatuhi mengikut adat serta piawaian turutan mungkin mengikut kaum ataupun di dalam satu isi (kuota) keluarga jika mengikut program linear algebraic dan algorithm yang menjadi uji kaji pusat makmal antara syarikat di dalam pekerjaan, di luar mahupun dalam negeri serta luar negeri, dan mahupun membabitkan isu persoalan serta perbualan rumahtangga.
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini
Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 dengan apa-apa jenis barang pembelian sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”
Talak thallaqa
Thallaqa adalah sebagai contoh majestic minoriti dan majoriti Sultan Abdullah dari Utara, di Malaysia terdapat kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Lain-lain. Namun undang-undang mesti dipatuhi mengikut adat serta piawaian turutan mungkin mengikut kaum ataupun di dalam satu isi (kuota) keluarga. Undang-undang piawaian ini terhad kerana sudah terjadi kes seperti penyelewengan dari sumber haram yang dahulunya terkawal kerana sudah pasti perbezaan antara manusia dan manusia tersebut ada tolak ansur nya mahupun di dalam perniagaan kini sudah menjadi tidak terkawal atas faktor-faktor lain yang berbaur hasutan.
Namun undang-undang mesti dipatuhi mengikut adat serta piawaian turutan mungkin mengikut kaum ataupun di dalam satu isi (kuota) keluarga jika mengikut program linear algebraic dan algorithm yang menjadi uji kaji pusat makmal antara syarikat di dalam pekerjaan, di luar mahupun dalam negeri serta luar negeri, dan mahupun membabitkan isu persoalan serta perbualan rumahtangga. Bak pepatah selat selatan melangkaui Utara, Timur, Selatan dan Barat mahupun keseluruhan Nusantara Misteri, buka dulang dari tanjung piawai, soal usia bukan jadi penghalang, nakhoda datang dengan perisai, takkan ku jejak perkara-perkara terlarang. Dagang Tuan Dagang Merantau, Sudah Sampai Hujung Sudah Sampai Pangkal, Biar Kederat Tidak Hidup Dijunjung Jadi Pertualang Lagikan Lidah Bercabang, Biar Makan Tak Kenyang Janji Tahu Yang Mana Orang Yang Mana Binatang, Dipersilakan. Jika Air Liur Sahaja Seperti Petir Yang Memajjal, Biar Mati Kebulur Agar Tahu Apa Isi Dunia, Biar Usia Sudah Menjangkau Tidak Akan Terjadi Perkara-perkara Celaka, Niat Nawaitu Serta Azam Sejarah Dajjal Semalam Jangan Bercabang Belipat-lipat Kali Ganda. Kalau lah ayam tidak mematuk, Jangan lah itik tersudu-sudu, Biar tidak berselisih dengan tok kadok bergema seluruh Bagan Datuk, Akan kukenang kepelbagaian perangai-perangai manusia semasa menuntun ilmu. [1]
Perjanjian yang ditandatangani ataupun melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam hukum-hakam yang memudharatkan atau membebani sifat berperikemanusiaan serta membolehkan pembolehubah yang berkaitan dengan sumber manusia dan alam semula jadi dalam bentuk Apa-apa jenis ancaman, ada kemungkinan boleh diganti syarat-syarat pembatalan yang berkaitan dengan kadar mahar yang berpatutan. Pihak bertanggungjawab seperti penguatkuasa ataupun mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian bagi bukti tersebut.[2]
Fasakh
[sunting | sunting sumber]Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.
Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).
Cara melakukan fasakh
[sunting | sunting sumber]- Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
- Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
- Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
- Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
Di Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Cerai fasakh (seksyen 52)
Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.
Antara sebabnya ialah :-
- tempat suami dan isteri berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
- suami dan isteri tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
- suami dan isteri dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
- suami dan isteri tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
- suami dan isteri mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
- suami dan isteri telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
- jika pasangan lelaki dan perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir bagi kedua-dua Nya lelaki dan perempuan sebelum baligh, pasangan suami dan isteri masih belum disetubuhi mengikut syarat sah dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.
Bagaimanapun pengaturcaraan linear permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.
Khuluk atau tebus talak
[sunting | sunting sumber]Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh pengajar (perempuan).”
Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah syariah. Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.[3]
Tujuan khuluk
[sunting | sunting sumber]- Memelihara hak wanita
- Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
- Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.
Rujuk
[sunting | sunting sumber]Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
Hukum rujuk
[sunting | sunting sumber]| Hukum | Penjelasan |
|---|---|
| Wajib | Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain |
| Haram | Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu |
| Makruh | Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri |
| Harus | Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama |
Rukun rujuk
[sunting | sunting sumber]| Perkara | Syarat |
|---|---|
| Suami | Berakal Baligh Dengan kerelaan sendiri |
| Isteri | Telah disetubuhi Berkeadaan talak raj’i Bukan dengan talak tiga Bukan cerai secara khuluk Masih dalam idah |
| Lafaz | Ucapan yang jelas menyatakan rujuk Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat Dengan sengaja dan bukan paksaan |
Contoh lafaz rujuk
[sunting | sunting sumber]Lafaz sarih
[sunting | sunting sumber]Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz kinayah
[sunting | sunting sumber]Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Misnadin, Misnadin (2012-06-28). "Nilai-Nilai Luhur Budaya Dalam Pepatah-Pepatah Madura". ATAVISME. 15 (1): 75–84. doi:10.24257/atavisme.v15i1.49.75-84. ISSN 2503-5215. soft hyphen character in
|title=at position 6 (bantuan) - ↑ Muttaqien, Andi (2025-01-16). "KORUPSI SUMBER DAYA ALAM, KETERLIBATAN KORPORASI, DAN DAMPAKNYA TERHADAP HAK ASASI MANUSIA". Al-Adl : Jurnal Hukum. 17 (1): 93. doi:10.31602/al-adl.v17i1.16614. ISSN 2477-0124.
- ↑ "Suami enggan lafaz talak, 17 Ogos 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-09. Dicapai pada 2012-03-06.
2 . https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=talak&d=246792&#LIHATSINI[1]
- ↑ ["Suami enggan lafaz talak, 17 Ogos 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-09. Dicapai pada 2012-03-06.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=talak&d=246792&#LIHATSINI "Suami enggan lafaz talak, 17 Ogos 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-09. Dicapai pada 2012-03-06. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=talak&d=246792&#LIHATSINI] Check
|url=value (bantuan). line feed character in|url=at position 114 (bantuan); Missing or empty|title=(bantuan)
