MalaysiaNow
Penampilan
| Jenis | Akhbar dalam talian |
|---|---|
| Diasaskan | September 2020 |
| Bahasa | |
| Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
| Negara | Malaysia |
| Pemilik | MNow Media Sdn. Bhd. |
| Pengarang | Abdar Rahman Koya |
| Laman sesawang | www |
MalaysiaNow ialah sebuah laman web berita Malaysia ditubuhkan sejak September 2020[1] di Petaling Jaya, Malaysia. Ia diterajui oleh pengarangnya, Abdar Rahman Koya yang pernah menjadi ketua pengarang portal Free Malaysia Today.
Isu dan tengkarah
[sunting | sunting sumber]Sekatan capaian
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Jun 2023, portal berita MalaysiaNow tidak boleh dicapai oleh sesetengah pengguna perkhidmatan internet Celcom dan Maxis[2]. Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia menerusi Menterinya, Fahmi Fadzil menafikan terdapat sebarang arahan untuk menyekat mana-mana media atau portal berita[3]. Selepas melalui 48 jam sekatan, portal tersebut kembali boleh dicapai[4].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Portal MalaysiaNow masih disekat". SuaraTV. 29 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ↑ "Sesetengah pembaca tak dapat akses portal MalaysiaNow, mungkin disekat". Malaysiakini. 28 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ↑ "Portal berita disekat? Tiada arahan sekatan daripada KKD - Fahmi". Astro Awani. 28 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ↑ "Selepas dikecam bertubi-tubi, sekatan ke atas MalaysiaNow ditarik balik". Satu Berita. 29 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
