close
Pergi ke kandungan

MYTV Broadcasting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MYTV Broadcasting Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahKerajaan dan swasta
IndustriPenyiaran, penyedia saluran televisyen terestrial digital
Ditubuhkan19 November 2014; 11 tahun yang lalu (2014-11-19)
Ibu pejabatCyberjaya, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Tokoh penting
KeluaranPenyiaran televisyen
PemilikAltel Holdings Sdn Bhd
Tapak webwww.mytvbroadcasting.my
www.mana2.my

Instagram: mytvbroadcasting_ TikTok: mytvbroadcasting Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MYTV Broadcasting Sdn Bhd,[1] (atau MYTV) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan televisyen digital bebas ke udara dan radio digital untuk Malaysia. Syarikat ini adalah usaha sama antara Altel Holdings Sdn Bhd.[2] Perkhidmatan MYTV terdiri daripada digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menjanjikan pelbagai saluran televisyen percuma kepada penonton tanpa perlu membayar yuran bulanan. Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma. Kotak atas set dan dekoder HD akan diberi secara percuma kepada penerima BR1M.

Sejarah

Latar Belakang Syarikat

MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (sering dirujuk sebagai MYTV) adalah pemegang lesen yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan TV Terestrial Digital atau Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia, dalam merealisasikan penghijrahan penyiaran terrestrial analog ke digital ke seluruh negara dengan membina dan mengendalikan sistem myFreeview untuk selama 30 tahun akan datang.[3]

Inisiatif ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah badan yang mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek ini.

Melalui projek DTT ini, infrastruktur dan rangkaian kemudahan yang akan dibangunkan oleh MYTV adalah termasuk hab multimedia digital dan rangkaian pemancar digital TV berkuasa tinggi, sederhana dan rendah yang mampu menampung sehingga 39 definisi standard atau 13 definisi tinggi saluran TV digital di peringkat awal. Pada peringkat akhir migrasi ke digital, dijangkakan 75 peratus liputan untuk antena dalam rumah mudah alih dan 25 peratus antena di atas bumbung akan dicapai di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada proses migrasi DTT ini, sewaktu tempoh siaran serentak (simulcast) mencapai sehingga 98% liputan penduduk, iaitu tempoh di mana kedua-dua analog dan isyarat digital dipancarkan ke kediaman di seluruh Malaysia, MYTV adalah komited untuk menyediakan kapasiti saluran secara percuma kepada penyiar sedia ada dan Pembekal Kandungan, Aplikasi dan Perkhidmatan (CASPs). Dalam membawa DTT ke seluruh negara juga, MYTV akan menggunakan semua spektrum RF yang sedia ada dengan penggunaan 8 MUXs dan juga dengan pelaksanaan strategi “luar ke dalam” atau “outside-in”, di mana penumpuan awal adalah diberikan kepada kawasan luar bandar dalam memancarkan isyarat DTT.

Dalam memastikan bahawa DTT akan mencapai sekurang-kurangnya 98 peratus isi rumah di Malaysia menjelang 2016, MYTV juga komited untuk membekalkan secara percuma sebanyak dua juta Peralatan Premis Pelanggan atau Consumer Premise Equipment (CPE) yang terdiri dari satu dekoder, antena dan alat kawalan jauh kepada penerima yang layak, berdasarkan senarai yang disediakan oleh Kerajaan. Teknologi DVB -T2 Lite juga akan digunakan sepenuhnya oleh MYTV untuk menguasai pasaran pengguna peralatan mudah alih menjelang tahun 2019.

MYTV tidak membangun atau membekalkan kandungan. Sumber pendapatan utama MYTV adalah dari perkhidmatan kapasiti saluran utama dan perkhidmatan yang ditambah baik (enhanced services) untuk CASPs/ASPs melalui perkhidmatan yang berteraskan 5 tunggak atau dikenali sebagai 5-Pillar Services ("5PS"). Perkhidmatan ini telah direka untuk menjana pendapatan bukan sahaja untuk MYTV, tetapi untuk pemilik saluran dan pihak media yang lain untuk mempunyai peluang sumber pendapatan yang baru dan tidak lagi perlu untuk bergantung semata-mata kepada kaedah pengiklanan tradisional.

Antara perkhidmatan 5Ps adalah Perkhidmatan TV (Pengiklanan EPG, Saluran TV Percuma, Aplikasi Butang Merah dll), Perkhidmatan Radio, Perkhidmatan Berkaitan Internet (seperti Tayangan Bebas Masa, TV Sesawang, Permintaan Video dll), Pekhidmatan Aplikasi dan Dagang (membeli-belah dari rumah, Khidmat Pesanan dll) dan Perkhidmatan Sampingan seperti antara lainnya Aplikasi e-Pembelajaran, TV Media Sosial, Undian dan Talian Hotline.

MYTV juga adalah ahli kepada National Digital Taskforce (NDTF) dan Broadcasters’ Alliance (BA), yang merupakan kumpulan yang dibentuk oleh penyiar saluran TV percuma di Malaysia bagi tujuan penghijrahan DTT. Di bawah BA, MYTV telah ditugaskan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penghijrahan DTT, termasuklah dalam kerterlibatan pemimpin tempatan dan kerajaan.

Visi Nasional Untuk TV Terestrial Digital (DTT)

Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma.

Manfaat kepada negara

Merangsang pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan

Dengan penghijrahan ke platform digital, spektrum yang bernilai adalah dibebaskan yang boleh diagihkan semula untuk perkhidmatan lain seperti jalur lebar mudah alih generasi akan datang dan teknologi tanpa wayar. DTT juga membantu dalam perkembangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menawarkan pelbagai peluang kepada industri kandungan tempatan dan kreatif untuk maju lagi ke hadapan.

Manfaat untuk pengguna

Kualiti siaran TV (dan juga radio) yang lebih baik

DTT menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik dan gambar yang lebih jelas, terang dan tanpa gambar berbalam, bertindih (“ghosting”) atau gangguan. Tidak seperti satelit, DTT tidak akan terjejas oleh cuaca. Sama ada hujan atau panas, penonton dapat menonton siaran tanpa sebarang gangguan.

Lebih banyak pilihan

DTT boleh menampung lebih banyak saluran berbanding dengan perkhidmatan analog. Ia juga mampu menawarkan ciri-ciri tambahan lain seperti panduan program elektronik, sarikata pelbagai bahasa serta siaran TV berkualiti definisi tinggi (HDTV). Penonton akan menikmati lebih banyak saluran dan kemudahan tanpa perlu membayar yuran langganan. Selain daripada kos awal bagi mendapatkan dekoder yang juga dikenali sebagai set-top box (STB), pengguna hanya perlu membuat bayaran yang minima atau tiada bayaran langsung untuk menerima DTT.

Lebih ketersambungan

DTT menggunakan aerial UHF sedia ada dan tidak memerlukan apa-apa pemasangan kabel atau sebarang piring satelit. Siaran dapat diterima dengan cepat oleh penonton kerana ia disiarkan dari stesen transmisi UHF yang berdekatan melalui sambungan talian telefon yang sedia ada yang membuka laluan untuk interaktiviti. Melalui panduan program elektronik (EPG), DTT menawarkan penonton akses untuk perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli-belah dari rumah (home shopping), e-perbankan, perkhidmatan e-kerajaan dan akses kepada perkhidmatan internet asas.

Dengan merapatkan jurang antara mereka yang mempunyai akses kepada teknologi dan mereka yang tiada, DTT akan menghubungkan kawasan luar bandar dan pedalaman dan membantu untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia.

Manfaat kepada penyiar

Lebih pilihan, lebih interaktiviti‏

Oleh kerana isyarat digital menggunakan spektrum yang sedikit dan adalah lebih efisyen daripada isyarat analog, DTT membolehkan penyiar menawarkan pelbagai saluran baru dan perkhidmatan interaktif. Liputan juga boleh disesuaikan sama ada untuk siaran tempatan, serantau atau nasional tidak seperti satelit di mana adalah sukar untuk menghadkan liputan walaupun dalam negara-negara tertentu.

Peluang yang cerah untuk mengembangkan perniagaan

Melalui perkhidmatan yang lebih baik yang ditawarkan serta ciri-ciri interaktif, DTT menawarkan penyiar pelbagai peluang baru, bidang berpotensi untuk dibangunkan dan sumber pendapatan baru.

Pengurangan kos infrastruktur

Dengan DTT, kos perbelanjaan kapital dijangka akan dikurangkan kerana tiada keperluan untuk menyediakan kabel gentian sepaksi hibrid (hybrid fibre coaxial cables), menyewa transponder tambahan atau keperluan untuk melancarkan satelit baru. Dengan pengurangan kos infrastruktur, penyiar dapat menumpukan sumber kewangan mereka untuk usaha penerbitan kandungan. Ini juga akan menggalakkan peserta baru untuk menceburi industri penyiaran termasuk pemilik saluran butik yang sedang mencari cara untuk mendekati dan berhubung dengan kumpulan penonton khas sasaran mereka.

Dengan penggunaan DVB - T2 oleh Malaysia, iaitu teknologi digital yang terkini dan paling maju di pasaran, penyiar juga akan dapat bersiaran melalui aset mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aset bergerak seperti skrin televisyen di kereta api, bas dan kereta dalam fasa seterusnya.

Senarai saluran televisyen MYTV

Saluran televisyen MYTV yang masih bersiaran

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran televisyen terestrial digital dalam HD. Kini terdapat 16 saluran televisyen digital yang bersiaran secara sah di platform MYTV. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi Malaysia)

No. SaluranNama SaluranPemilikHuraianTahunMYTV Mana ManaPlatform lain
101HD TV1 Radio Televisyen MalaysiaSaluran terestrial kerajaan umum 24 jam dalam HD.2014-kiniYaYa RTMKlik
102HD TV2 Radio Televisyen MalaysiaSaluran terestrial kerajaan umum 24 jam dalam HD.2014-kiniYaYa RTMKlik
103HD TV3 Media Prima BerhadSaluran terestrial swasta umum berbahasa Melayu 24 jam dalam HD.2014-kiniTidakYa Tonton

Unifi TV

Astro GO
104HD Hankuk TV My Hankuk TV Sdn Bhd Saluran terestrial swasta berbahasa Korea milik My Hankuk TV Sdn Bhd. 2026-kini TidakTidak
105 Enjoy TV5 Enjoy TV Broadcasting Sdn BhdSaluran terestrial swasta berbahasa Cina dan Inggeris 24 jam milik Enjoy TV Broadcasting Sdn Bhd.2025-kiniYaTidak
107 DidikTV KPM Media Prima Berhad
Kementerian Pendidikan Malaysia
Saluran terestrial swasta berasaskan pendidikan dan hiburan dengan kerjasama antara Media Prima dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi golongan pelajar, warga pendidik, ibubapa dan umum 24 jam.2014-2021 (NTV7); 2021-kini (DidikTV KPM)TidakYa Tonton

Unifi TV

Astro GO
108 8TV Media Prima BerhadSaluran terestrial swasta umum berbahasa Cina 24 jam.2014-kiniTidakYa Tonton

Unifi TV

Astro GO
109 TV9 Media Prima BerhadSaluran terestrial swasta umum bagi golongan belia 24 jam berbahasa Melayu.2014-kiniTidakYa Tonton

Unifi TV

Astro GO
110HD TV Okey Radio Televisyen MalaysiaSaluran digital terestrial kerajaan umum 24 jam dalam HD.2018-kiniYaYa RTMKlik

Astro GO
111HD Sukan+ Radio Televisyen MalaysiaSaluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan sukan 24 jam dalam HD.2018-kiniYaYa RTMKlik
112 Awesome TV Awesome Broadcasting Sdn BhdSaluran digital terestrial swasta umum 24 jam.2020-kiniTidakYa Awesome TV
113HD TV6 Radio Televisyen MalaysiaSaluran terestrial kerajaan umum berasaskan filem, siri dan lagu klasik 24 jam dalam HD.2022-kiniYaYa RTMKlik
114HD TV AlHijrah AlHijrah Media CorporationSaluran terestrial berunsurkan Islam pertama 24 jam dalam berbahasa Melayu dalam HD.2014-kiniYaYa AlHijrah Plus

Unifi TV

Astro GO
121HD Bernama TV BernamaSaluran digital terestrial berita 24 jam milik Bernama dalam HD.2017-kiniYaYa BERNAMA

Unifi TV

Astro GO
122HD TVS Sarawak Media GroupSaluran digital terestrial kerajaan negeri milik Sarawak Media Group 24 jam dalam HD.2021-kiniYaYaTV Sarawak

Astro GO
123HD Berita RTM Radio Televisyen MalaysiaSaluran digital terestrial kerajaan berasaskan berita, bual bicara, dokumentari, majalah, rencana dan travelog 24 jam dalam HD.2018-kiniYaYa RTMKlik

Saluran televisyen MYTV yang bersiaran secara dalam talian

Setakat April 2026, terdapat 12 saluran televisyen digital percuma dan 11 saluran televisyen berbayar yang kini bersiaran secara dalam talian (free online live TV) menerusi aplikasi MYTV Mana-Mana.[4]

Nama saluranPemilik / agensi penyiaranMYTV Mana-Mana
TV IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia Ya
Arirang TV Korea International Broadcasting Foundation Ya
Selangor TV Media Selangor Sdn Bhd Ya
CNA Mediacorp Ya
RT (Russia Today) ANO "TV-Novosti" Ya
Al Jazeera Arabic Al Jazeera Media Network Ya
Al Jazeera English Ya
DW English Deutsche Welle Ya
Taiwan Plus Public Television Service Ya
Borneo.TV IB Media Consultant Sdn Bhd[5] Ya
ONE KC Global Media Asia Ya
KCM Ya
Rock Entertainment Rock Entertainment Holdings Ya
Rock Action Ya
ZooMoo Ya
Global Trekker Ya
SPOTV NOW Eclat Media Group Ya
Aniplus Plus Media Networks Asia Ya
Euronews Euronews SA Ya
Drama Channel Media Nusantara Citra (MNC) Ya
SUKE TV DNF Group Sdn Bhd Ya

Saluran televisyen MYTV yang ditamatkan / ditutup siarannya

     Berikut adalah senarai saluran televisyen analog ataupun digital yang pernah bersiaran sebelum ini, sama ada ianya sudah ditamatkan siaran sepenuhnya ataupun ditutup atas sebab jumlah tontonan siaran yang terhad.

No. SaluranNama SaluranTahun bersiaranTahun ditamatkan / ditutup siaranPemilikHuraianMYTV Mana ManaPlatform lain
104HD Wow Shop 2018 2023 Media Prima BerhadSaluran terestrial swasta berasaskan membeli-belah dalam talian 24 jam berbahasa Melayu dalam HD.Tidak Ya

Tonton

105 Drama Sangat 2020 2021 Media Prima BerhadSaluran terestrial swasta bagi peminat drama yang mengulang siar drama-drama tempatan TV3 dan TV9 24 jam.TidakYa

Tonton

105HD Enjoy TV5 Julai 2023 Oktober 2023 Enjoy TV Broadcasting Sdn. Bhd.Tiada maklumatYa (sebelum 2025)Tidak
106 Wow Shop (Chinese) 2018 2023 Media Prima BerhadSaluran terestrial swasta berasaskan membeli-belah dalam talian 24 jam berbahasa Cina.TidakTidak
120HD Astro

Go Shop

2019 2021 Astro Malaysia Holdings BerhadSaluran TV satelit Astro yang bersiaran secara terestrial untuk MYTV; berasaskan membeli-belah dalam talian 24 jam berbahasa Melayu dan Cina dalam HD.TidakYa

Astro GO

NJOI Now

Senarai saluran radio MYTV

Senarai saluran radio yang masih bersiaran di MYTV

Terdapat 11 saluran radio yang bersiaran secara sah di MYTV. (Disahkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi Malaysia)

No. SaluranNama SaluranPemilikHuraianMYTV Mana Mana
701 Nasional FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu.Ya
702 TraXX FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Inggeris.Ya
703 Minnal FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa India.Ya
704 Ai FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Cina.Ya
705 Radio Klasik Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu.Ya
706 Asyik FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu (Orang Asli).Ya
707 Sabah FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk SabahYa
708 Sabah V FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk SabahYa
709 Sarawak FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu untuk SarawakYa
710 Wai FM Radio Televisyen MalaysiaRadio kerajaan umum berbahasa Melayu (Iban) untuk SarawakYa
711 Bernama Radio BernamaRadio separa kerajaan milik Bernama berbahasa MelayuYa

Saluran radio MYTV yang bersiaran secara dalam talian

Terdapat 8 saluran radio digital yang bersiaran secara online di aplikasi MYTV Mana-Mana secara online

Nama SaluranPemilikHuraianMYTV Mana Mana
988 FM Star Media Group BerhadRadio terestrial swasta umum berbahasa Cina.Ya
Suria FM Radio terestrial swasta umum berbahasa Melayu.Ya
Best FM Suara Johor Sdn BhdRadio terestrial swasta milik Suara Johor Sdn Bhd umum berbahasa Melayu.Ya
Rakita Radio Kita Sdn BhdRadio terestrial swasta umum berbahasa Melayu.Ya
Hot FM Media Prima BerhadRadio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu.Ya
Fly FM Radio terestrial swasta dalam berbahasa Inggeris.Ya
Molek FM Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu untuk Pantai Timur.Ya
Eight WuXian Radio terestrial swasta dalam berbahasa Cina.Ya
Kool FM Radio terestrial swasta dalam berbahasa Melayu.Ya
Manis FM Husa Network Sdn BhdRadio terestrial swasta umum berbahasa Melayu.Ya

Lihat juga

Rujukan

  1. "Laman utama MYTV". MYTV Broadcasting. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2022. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  2. http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/11/19/MyTV-inks-RM1bil-accord-with-TM-It-is-to-provide-digital-terrestrial-television-services-in-the-coun/?style=biz
  3. PM launches myFreeview digital broadcast, 4.2m decoders to be given free.
  4. https://www.mana2.my/
  5. "Borneo.TV faces more backlash from Sabah artists". The Borneo Post. 4 July 2025. Dicapai pada 28 October 2025.

Pautan luar