close
Pergi ke kandungan

Bandar Country Homes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar Country Homes ialah sebuah bandar yang terletak di Rawang, daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari bandar Rawang.

Bandar Country Homes
بندر کاونتري هومس
Bandar Perumahan
Bandar Country Homes
Lokasi di daerah Gombak dan negeri Selangor
Bandar Country Homes yang terletak di Semenanjung Malaysia
Bandar Country Homes
Bandar Country Homes
Koordinat: 3°20′U 101°32′T / 3.333°U 101.533°T / 3.333; 101.533
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSelangor Selangor
DaerahGombak
MukimRawang
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Selayang
Poskod48000
Parlimen / DUNP.097 Selayang / N.014 Rawang
Dibangunkan1992
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (WMP)Not observed

Sebelum bandar ini dibangunkan, kawasan ini merupakan kawasan ladang getah. Namun antara lewat 1980an sehingga awal 1990an, Tanco Properties Sdn Bhd (anak syarikat Tanco Holdings Bhd) telah membina perumahan di kawasan tersebut pada masa itu yang dimulakan dengan Fasa 1 iaitu Jalan Desa 1, yang telah siap pada tahun 1992.Pada asalnya, kawasan ini dikenali sebagai Taman Desa sebelum dinamakan semula sebagai Bandar Country Homes.

Kini, Bandar Country Homes mempunyai jumlah penduduk yang ramai iaitu mencecah 146,000 orang.

Kawasan Utama

[sunting | sunting sumber]

Bandar Country Homes terbahagi kepada beberapa kawasan utama yang dibina oleh pemaju Bandar Country Homes, Tanco Development Sdn Bhd (anak syarikat Tanco Holdings Bhd) dan beberapa pemaju lain, iaitu:

  • Fasa 1 (Jalan Desa 1) - rumah kedai, rumah perumahan, Rumha Kelab Duta Palm (kini menjadi Ivory 1)
  • Fasa 2 (Jalan Desa 2)
  • Fasa 3 (Jalan Desa 3)
  • Fasa 4 (Jalan Desa 4)
  • Fasa 5 (Jalan Desa 5) - Blok Mawar, Blok Dahlia, Blok Melati, Blok Cempaka, Blok Tulip, Blok Kenanga, Blok Anggerik, Blok Kekwa, Blok Melor, Blok Seroja, Blok Teratai
  • Fasa 6 (Jalan Desa 6)
  • Fasa 7 (Jalan Desa 7)
  • Fasa 8 (Jalan Desa 8) - termasuk Ivory Heights
  • Fasa 9 (Jalan Desa 9) - Celebration Mall Fasa 9
  • Fasa 10 (Jalan Desa 10) - Pangsapuri Casaria, perumahan teres
  • Fasa 12 (Jalan Desa 12)
  • Fasa 13 (Jalan Desa 13)
  • Pangsapuri Rajawali
  • Pangsauri Las Palmas (Blok Palas, Blok Rumbia, Blok Rapis, Blok Nipah)
  • Pangsapuri Palma
  • Pangsapuri Raya
  • Pusat Bandar Country Homes
  • Avia Bandar Country Homes

Bandar Country Homes di Rawang boleh diakses melalui beberapa laluan utama, termasuk lebuh raya dan jalan persekutuan/negeri:

  • BERJAYA AH2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
 * Ambil **Susur Keluar Rawang (Exit 116)** dari Lebuhraya Utara-Selatan.
 * Selepas plaza tol, belok kiri dan lalu megikut Jalan Kawasan Perindustrian Rawang BERJAYA LP 3209, yang bersambung dengan Jalan Rawang–Bestari Jaya BERJAYAB27.
 * Ikuti BERJAYAB27 dan belok kanan ke **Jalan Desa Utama** untuk memasuki Bandar Country Homes.
  • BERJAYAB27 Jalan Rawang–Bestari Jaya (Laluan Negeri B27)
 * Laluan negeri BERJAYAB27 menghubungkan Bandar Country Homes ke Rawang di sebelah timur, dan ke Batu Arang serta Bestari Jaya (Batang Berjuntai) di sebelah barat.
 * Bandar Country Homes terletak berhampiran persimpangan Jalan BERJAYAB27 dan Jalan Desa Utama.
 * Sebagai alternatif, pengguna dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuhraya LATAR BERJAYA Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor dan keluar di **Plaza Tol Kundang Barat**.
 * Dari Kundang, laluan tempatan boleh diambil ke arah Bandar Country Homes untuk mengelakkan kesesakan di Rawang.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Di Bandar Country Homes, terdapat beberapa kemudahan telah disediakan bagi melestarikan lagi kehidupan harian penduduk di kawasan bandar ini. Antara kemudahan tersebut adalah :

Balai Polis Bandar Country Homes

  • Balai Polis ini terletak di Jalan Desa, Bandar Country Homes (hadapan SMK Taman Desa 2 (STAND2) dan bersebalahan dengan Celebration Mall Fasa 9). Balai polis ini telah dirasmikan oleh TRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 18 April 2025. [1]

Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes

  • Masjid Cahaya Iman merupakan sebuah masjid yang terletak di Jalan Desa Utama, Bandar Country Homes dan dibina pada 1 April 2004. Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Disember 2007. [2]

Taman Rekreasi Fasa 4 Bandar Country Homes

  • Taman Rekreasi Fasa 4 merupakan taman rekreasi yang terletak di Jalan Desa 4/6, Bandar Country Homes. Taman ini mempunyai dua gelanggang badminton, trek joging dan gelangang bola sepak.

Pasar Moden MPS Bandar Country Homes

  • Pasar Moden MPS Bandar Country Homes, pasar yang menjalankan operasi jualan barang harian ini, terletak di Jalan Desa 1/11, Bandar Country Homes, Rawang dan merupakan pasar dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Pasar ini emmpunyai dua tingkat iaitu di bahagian bawah tertumpu kepada jualan barangan basah dan barangan kering, manakala di bahagian atas tumpu kepada gerai makan, restoran, kedai baju, dan perniagaan lain. Antara barang harian yang dijual oleh peniaga di pasar ini ialah sayur-sayuran, ayam, ikan, barangan runcit dan sebagainya. Pasar ini dibuka setiap hari dari 5 am – 12pm.

Lain-lain kemudahan

1. Tempat ibadat

Islam (Surau)

  • Surau An-Nur, Jalan Desa 1/15
  • Surau Al-Hidayah, Pangsapuri Palma
  • Surau Anas Bin Malik, Pangsapuri Casaria

Buddha (Tokong)

  • Tokong Dato Bdr Country Homes, Jln KR 3 [3]
  • Persatuan Penganut Buddha Kok Doh, Jalan Desa 1/2 [4]

Hindu (Kuil)

  • Kuil Arulmigu Sri Subramaniyar Alayam, Jalan Pusat BCH 1C [5]

Kristian (Gereja)

  • Pusat Kristian Trimphant, Jalan Pusat BCH 1/4 [6]
  • Rawang Chinese Methodist Preaching Point, Jalan Pusat BCH 1/1
  • Gereja LCMS Rawang Congregation, Jalan Pusat BCH 1/3

2. Stesen Minyak

  • Stesen minyak Petron 1
  • Stesen minyak Petron 2

3. Bank

  • AmBank Cawangan Bandar Country Homes

4. Kemudahan lain

  • Pusat Bandar Country Homes
  • Seri Selera MPS, Jalan Desa Permai
  • Pusat pendidikan
  • Dobi layan diri
  • Taska, Tadika
  • Kedai gunting rambut
  • Taman permainan kanak-kanak

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Untuk pendidikan, terdapat beberapa pusat pendidikan yang bertempat di bandar ini. Antranya:

Sekolah Rendah Kebangsaan (SK)

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Sekolah Rendah Agama (SRA)

  • SRA Bandar Country Homes, Jalan Desa 4/1 [7]

Sekolah Agama (KAFA/SRAI/SRI)

  • KAFAI An-Nur, Surau An-Nur, Jalan Desa 1/15 [8]
  • Sekolah Rendah Islam (SRI) Integrasi HIRA, Jalan Desa 9/5 [9]

Lain-lain pusat pendidikan

  • Pusat Tuisyen
  • Tadika
  • Taska

Disebabkan bandar ini menghadapi peningkatan penduduk sejak adanya pembangunan sekitar bandar ini seperti Hospital Selgate dan AEON Rawang, terdapat beberapa kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk di bandar ini. Antaranya:

  • Klinik
  • Kedai runcit (antaranya 99 Speedmart, 7 Eleven, Family Mart)
  • Kedai buku
  • Kedai barangan logam
  • Kedai peralatan rumah
  • Kafe
  • Restoran
  • Tempat pengumpulan kiriman (Jnt, Ninjavan, dan lain-lain)
  • Dan sebagainya.