close
Pergi ke kandungan

Presiden Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden
Republik Korea
대한민국 대통령
大韓民國大統領
BERJAYA
BERJAYA
Penyandang
Lee Jae-myung
sejak 4 Jun 2025
Cabang eksekutif Kerajaan Korea Selatan
Pejabat Presiden
Gelaran
Tuan Presiden (tidak formal)

Tuan Yang Terutama (diplomatik)

Status
Anggota bagiConstitutional institution (South Korea) (en) Terjemah dan Majlis Negara Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanKediaman Presiden Korea Selatan
PusatSeoul
Dilantik olehUndian popular secara langsung
Tempoh jawatanLima tahun,
Tidak boleh diperbaharui
Surat cara pembentukanPerlembagaan Korea Selatan (1948)
PeloporPresiden Kerajaan Sementara Republik Korea
Dibentuk24 Julai 1948; 77 tahun yang lalu (1948-07-24)
Pemegang pertamaSyngman Rhee
Nama tidak rasmiPresiden Korea Selatan
Timbalan/naibPerdana Menteri Korea Selatan
Gaji₩240,648,000/USD$165,084 setahun (2024)[1]
SenaraiPresiden Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webTapak sesawang rasmi (dalam bahasa Bahasa Melayu)
Tapak sesawang rasmi (dalam bahasa Korea)

X: President_KR Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Presiden Republik Korea (Korea대한민국 대통령; Hanja大韓民國大統領; RRDaehanminguk daetongnyeong), juga dikenali sebagai Presiden Korea Selatan (Korea한국 대통령), ialah ketua negara dan ketua kerajaan Korea Selatan. Presiden mengetuai cabang eksekutif kerajaan dan merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Republik Korea.

Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan Presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Rumah Biru (sehingga 2022) dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali atas sebab pemberontakan atau penderhakaan.

Presiden Korea Selatan sering berdepan hukuman penjara selepas berakhir tempoh mereka berkuasa, biasanya sebaik pesaing politik mereka berpindah ke kediaman presiden.

Pemangku presiden, Han Duck-soo, mengambil alih jawatan daripada Presiden Yoon Suk Yeol yang digantung tugas dan dipecat daripada jawatan tersebut; yang mana Han akan terus memangku jawatan tersebut sehingga pilihan raya presiden pada Jun 2025 ini.

BERJAYA
BERJAYA
BERJAYA
BERJAYA
* Atas kiri: Rhee Syng-man merupakan presiden pertama Korea Selatan.
  • Atas kanan: Park Chung-hee merupakan presiden paling lama berkhidmat.
  • Bawah kiri: Park Geun-hye merupakan presiden wanita pertama Korea Selatan.
  • Bawah kanan: Lee Jae-myung merupakan presiden yang sedang berkhidmat sekarang.
BERJAYA
Syng-man Rhee, Presiden Pertama Korea Selatan

Sebelum penubuhan Republik pertama pada 1948, Kerajaan Republik Korea Sementara telah ditubuhkan di Shanghai pada September 1919 sebagai penerusan bagi beberapa kerajaan yang ditubuhkan selepas Gerakan 1 Mac yang berlaku pada tahun tersebut. Kerajaan tersebut menyelaraskan penentangan rakyat Korea terhadap pendudukan Jepun di Korea. Kesahan Kerajaan Sementara telah diiktiraf dan digantikan oleh kerajaan Korea Selatan dalam Perlembagaannya.

Sejak 1988, Presiden Korea Selatan akan dipilih pada setiap lima tahun. Sebelum ini, tempoh tersebut ialah empat tahun dari 1948 hingga 1972, enam tahun dari 1972 hingga 1981, dan tujuh tahun dari 1981 hingga 1988. Sejak 1981, presiden tidak boleh dipilih lagi selepas tempoh perkhidmatannya tamat.

Had tempoh perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Jawatan presiden mempunyai had tempoh lima tahun yang ketat dan tidak boleh diperbaharui, yang dikuatkuasakan pada tahun 1987 di bawah Perkara 70 Perlembagaan Korea Selatan selepas negara ini mengalami beberapa tahun pemerintahan autokratik. Had tempoh presiden Korea Selatan merupakan salah satu yang terpendek di dunia, dan yang terpendek di Asia.[2][3] Sebagai langkah tambahan untuk mencegah kecenderungan autokratik, Perkara 128 Perlembagaan menetapkan bahawa sebarang pindaan untuk melanjutkan tempoh jawatan tidak akan terpakai ke atas presiden yang sedang memegang jawatan semasa pindaan itu dibuat.

Pejabat Presiden

[sunting | sunting sumber]

Rumah Biru (Korea청와대; Hanja靑瓦臺) atau Blue House dibina di atas taman diraja era Joseon. Kompleks ini terdiri daripada beberapa bangunan yang dibina sebahagian besarnya dalam gaya senibina tradisional Korea dengan beberapa elemen dan kemudahan moden. Cheong Wa Dae merangkumi Dewan Pejabat Utama Bon-gwan,[a] Residensi Presiden, Rumah Sambutan Rasmi Yeongbin-gwan,[b] dan beberapa bangunan serta struktur lain. Keseluruhan kompleks ini meliputi kira-kira 250,000 meter persegi atau 62 ekar. Walaupun Blue House berfungsi sebagai pejabat eksekutif, ia merupakan salah satu kediaman rasmi paling dilindungi di Asia.[4]

Sejak penggubahan Presiden Yoon Suk Yeol pada Mei 2022, Cheong Wa Dae tidak lagi berfungsi sebagai kediaman rasmi dan pejabat eksekutif presiden dan sepenuhnya ditukar menjadi taman awam. Pejabat dan kediaman presiden dipindahkan ke Pejabat Presiden Korea Selatan (dahulunya bangunan Kementerian Pertahanan Nasional Korea Selatan , Kementerian Pertahanan Nasional) di Daerah Yongsan, Seoul.[5] Selepas pemecatan Yoon Suk Yeol, penggantinya Lee Jae-myung merancang untuk mengembalikan Cheong Wa Dae sebagai kediaman rasmi.[6][7]

Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Peraturan pilihan raya presiden ditetapkan oleh Perlembagaan Korea Selatan dan Akta Pilihan Raya Pegawai Awam. Presiden dipilih melalui undian popular secara langsung, menggunakan sistem Pemenang undi terbanyak (bahasa Inggeris: first-past-the-post

Pilihan Raya Terkini

[sunting | sunting sumber]


BERJAYA
Pilihan Raya Presiden Republik Korea,kekuatan undi Lee Jae-myung
Keputusan pilihan raya
Calon Parti Undi %
Lee Jae-myung Parti Demokratik 17,287,513 49.42
Kim Moon-soo Parti Kuasa Rakyat 14,395,639 41.15
Lee Jun-seok Parti Reformasi 2,917,523 8.34
Kwon Yeong-guk Parti Buruh Demokratik 344,150 0.98
Song Jin-ho Bebas 35,791 0.10
Jumlah 34,980,616 100.00
Undi sah 34,980,616 99.27
Undi tidak sah/kosong 255,881 0.73
Jumlah undi 35,236,497 100.00
Pemilih berdaftar/keluar mengundi 44,391,871 79.38

Mengikut wilayah dan bandar

[sunting | sunting sumber]
Wilayah/Bandar Lee Jae-myung Kim Moon-soo Lee Jun-seok Kwon Yeong-guk Song Jin-ho



Undi % Undi % Undi % Undi % Undi %


Seoul 3,105,459 47.13 2,738,405 41.56 655,346 9.95 83,900 1.27 5,998 0.09
Busan 895,213 40.14 1,146,238 51.40 168,473 7.55 18,189 0.82 2,099 0.09
Daegu 379,130 23.23 1,103,913 67.63 135,376 8.29 12,531 0.77 1,362 0.08
Incheon 1,044,295 51.68 776,952 38.45 176,739 8.75 20,743 1.03 2,098 0.10
Gwangju 844,682 84.77 79,937 8.02 62,104 6.23 8,767 0.88 934 0.09
Daejeon 470,321 48.51 393,549 40.59 94,724 9.77 9,905 1.02 1,109 0.11
Ulsan 315,820 42.54 353,180 47.57 63,177 8.51 9,299 1.25 899 0.12
Sejong 140,620 55.63 83,965 33.22 25,004 9.89 2,961 1.17 235 0.09
Gyeonggi 4,821,148 52.21 3,504,620 37.95 816,435 8.84 84,074 0.91 8,356 0.09
Gangwon 449,161 43.96 483,360 47.31 78,704 7.70 9,422 0.92 1,137 0.11
Chungcheong Utara 501,990 47.47 457,065 43.22 86,984 8.23 10,169 0.96 1,228 0.12
Chungcheong Selatan 661,316 47.68 600,108 43.27 111,092 8.01 12,893 0.93 1,519 0.11
Jeolla Utara 1,023,272 82.65 134,996 10.90 67,961 5.49 10,061 0.81 1,719 0.14
Jeolla Selatan 1,111,941 85.87 110,624 8.54 60,822 4.70 9,352 0.72 2,104 0.16
Gyeongsang Utara 442,683 25.53 1,159,594 66.87 116,094 6.69 13,884 0.80 1,788 0.10
Gyeongsang Selatan 851,733 39.40 1,123,843 51.99 161,579 7.47 21,809 1.01 2,678 0.12
Jeju 228,729 54.77 145,290 34.79 36,909 8.84 6,191 1.48 528 0.13
Jumlah 17,287,513 49.42 14,395,639 41.15 2,917,523 8.34 344,150 0.98 35,791 0.10
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan

Simbol utama presiden ialah mohor, yang digunakan untuk mengesahkan tindakan rasmi, dan panji-panji, yang dikibarkan apabila presiden hadir.

BERJAYA
Panji-panji presiden
Dikibarkan apabila Presiden berada di lokasi tersebut.
BERJAYA
Mohor presiden
Digunakan untuk mengesahkan dokumen rasmi negara.
BERJAYA
Lambang presiden
Simbol utama jawatan yang menampilkan burung phoenix dan bunga raya.
BERJAYA
Emblem Bulat Presiden
Versi rasmi dengan nama jawatan yang sering digunakan pada podium ucapan.
BERJAYA
Logo Cheong Wa Dae (Rumah Biru)
Logo rasmi kediaman dan pejabat Presiden sehingga tahun 2022.
BERJAYA
Emblem Pejabat Presiden (Yongsan)
Logo pejabat presiden baharu yang mula digunakan selepas perpindahan pejabat.

Lambang-lambang ini menggabungkan simbol utama jawatan presiden dan dipaparkan secara jelas pada beberapa podium atau bilik mesyuarat. Sesetengahnya sering disalah anggap sebagai mohor presiden.

Senarai Presiden & Pemangku

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Nama
(Lahir–Meninggal)
Tempoh Jawatan Parti Pilihan raya
1 BERJAYA Syngman Rhee
이승만
(1875–1965)
24 Julai 1948 – 27 April 1960 Persatuan Kebangsaan 1948
1952
1956
Mac 1960
Pm. BERJAYA Heo Jeong
허정
(1896–1988)
Pemangku
27 April 1960 – 15 Jun 1960 Bebas
Pm. BERJAYA Kwak Sang-hoon
곽상훈
(1896–1980)
Pemangku
16 Jun 1960 – 23 Jun 1960 Demokratik
Pm. BERJAYA Baek Nak-jun
백낙준
(1895–1985)
Pemangku
15 Jun 1960 – 12 Ogos 1960 Bebas
2 BERJAYA Yun Po-sun
윤보선
(1897–1990)
13 Ogos 1960 – 24 Mac 1962 Demokratik Ogos 1960
3 BERJAYA Park Chung-hee
박정희
(1917–1979)
24 Mac 1962 – 26 Oktober 1979 Tentera (1962-63)
Republikan Demokratik
1963, 1967, 1971
1972, 1978
Pm. BERJAYA Choi Kyu-hah
최규하
(1919–2006)
Pemangku
26 Oktober 1979 – 6 Disember 1979 Bebas
4 BERJAYA Choi Kyu-hah
최규하
(1919–2006)
6 Disember 1979 – 16 Ogos 1980 Bebas 1979
Pm. BERJAYA Park Choong-hoon
박충훈
(1919–2001)
Pemangku
16 Ogos 1980 – 1 September 1980 Republikan Demokratik
5 BERJAYA Chun Doo-hwan
전두환
(1931–2021)
1 September 1980 – 25 Februari 1988 Keadilan Demokratik 1980, 1981
6 BERJAYA Roh Tae-woo
노태우
(1932–2021)
25 Februari 1988 – 25 Februari 1993 Keadilan Demokratik 1987
7 BERJAYA Kim Young-sam
김영삼
(1929–2015)
25 Februari 1993 – 25 Februari 1998 Liberal Demokratik 1992
8 BERJAYA Kim Dae-jung
김대중
(1924–2009)
25 Februari 1998 – 25 Februari 2003 Kongres Kebangsaan 1997
9 BERJAYA Roh Moo-hyun
노무현
(1946–2009)
25 Februari 2003 – 25 Februari 2008 Milenium Demokratik (2003)
Uri (2003-07)
2002
Pm. BERJAYA Goh Kun
고건
(lahir 1938)
Pemangku
12 Mac 2004 – 14 Mei 2004 Milenium Demokratik
10 BERJAYA Lee Myung-bak
이명박
(lahir 1941)
25 Februari 2008 – 25 Februari 2013 Nasional Besar (2008-12)
Saenuri (2012-13)
2007
11 BERJAYA Park Geun-hye
박근혜
(lahir 1952)
25 Februari 2013 – 10 Mac 2017 Saenuri 2012
Pm. BERJAYA Hwang Kyo-ahn
황교안
(lahir 1957)
Pemangku
9 Disember 2016 – 10 Mei 2017 Bebas
12 BERJAYA Moon Jae-in
문재인
(lahir 1953)
10 Mei 2017 – 10 Mei 2022 Demokratik (Korea) 2017
13 BERJAYA Yoon Suk Yeol
윤석열
(lahir 1960)
10 Mei 2022 – 4 April 2025 Kuasa Rakyat 2022
Pm. BERJAYA Han Duck-soo
한덕수
(lahir 1949)
Pemangku
14 Disember 2024 – 27 Disember 2024 Bebas
Pm. BERJAYA Choi Sang-mok
최상목
(lahir 1963)
Pemangku
27 Disember 2024 – 24 Mac 2025 Bebas
Pm. BERJAYA Lee Ju-ho
이주호
(lahir 1961)
Pemangku
2 Mei 2025 – 4 Jun 2025 Bebas
14 BERJAYA Lee Jae-myung
이재명
(lahir 1963)
4 Jun 2025 – kini Demokratik (Korea) 2025
  Persatuan Kebangsaan (1948–1960)
  Parti Demokratik (Lama) (1960–1962)
  Parti Republikan Demokratik (1963–1980)
  Parti Keadilan Demokratik (1980–1988)
  Parti Liberal Demokratik (1990–1995)
  Parti Korea Baharu (1995–1997)
  Parti Millennium Demokratik (1998–2003)
  Parti Uri (2003–2007)
  Parti Nasional Besar (2008–2012)
  Parti Saenuri (2012–2017)
  Parti Demokratik (2017–2022; 2025–kini)
  Parti Kuasa Rakyat (2022–2025)

Garis Masa

[sunting | sunting sumber]
Lee Jae-myungLee Ju-hoChoi Sang-mokHan Duck-sooYoon Suk-yeolMoon Jae-inHwang Kyo-ahnPark Geun-hyeLee Myung-bakGoh KunRoh Moo-hyunKim Dae-jungKim Young-samRoh Tae-wooChun Doo-hwanPark Choong-hoonChoi Kyu-hahPark Chung-heeYun Po-sunBaek Nak-junKwak Sang-hoonHo ChongSyngman RheeBERJAYA
Ideologi # Tempoh menjawat Nama
Konservatif 9 21765 hari Choi Kyu-hah, Chun Doo-hwan, Kim Young-sam, Lee Myung-bak, Park Chung-hee, Park Geun-hye, Roh Tae-woo, Rhee Syng-man, dan Yoon Suk-yeol
Liberal 5 6343 hari Kim Dae-jung, Moon Jae-in, Roh Moo-hyun, Yun Po-sun, dan Lee Jae-myung
Lee Jae-myungYoon Suk-yeolMoon Jae-inPark Geun-hyeLee Myung-bakRoh Moo-hyunKim Dae-jungKim Young-samRoh Tae-wooChun Doo-hwanChoi Kyu-hahPark Chung-heeYun Po-sunSyngman RheeBERJAYA
  1. ^ Executive Order: Peraturan Gaji Pegawai Awam (No. 31380) / (Lampiran 32) (dalam Bahasa Korea)
  2. ^ Demirbülak H.K., Changing the Status of the Presidency: A Comparison of Constitutional Amendments in South Korea and Turkey. Boğaziçi University. Diakses 18 Julai 2025.
  3. ^ Yap F., Term Limits in South Korea: Promises and Perils. Oxford University Press. Diakses 18 Julai 2025.
  4. ^ Salmon, Andrew (28 Mac 2022). "Yoon vs Moon war over cursed Blue House". Asia Times. Dicapai pada 24 Disember 2024.
  5. ^ "Cheong Wa Dae dibuka kepada orang awam selepas 74 tahun". The Korea Times. 10 Mei 2022.
  6. ^ Kim, Seung-yeon (3 Jun 2025). "Hampir 6 daripada 10 rakyat Korea Selatan mahu presiden baru kembali di Cheong Wa Dae: tinjauan". Yonhap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2025.
  7. ^ Kim, Eun-jung (5 Jun 2025). "Lee akan kekal di kediaman presiden sehingga pejabat dipindahkan". Yonhap (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Jun 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan