close
Pergi ke kandungan

Di dalam Punjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Di dalam Punjung
BERJAYA
Maklumat umum
JenisLukisan Sunting nilai ini di Wikidata
PenciptaAleksander Gierymski
Dicipta pada1882
GenrePotret Sunting nilai ini di Wikidata
BahanMinyak-pada-kanvas
Subjekkelompok manusia, lelaki, wanita, paper lantern (en) Terjemah, wig (en) Terjemah, Kot bajang, meja, carafe (en) Terjemah, tablecloth (en) Terjemah, air pancut dan flowerpot (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Saiz135.5 (Ketinggian) × 148 (Kelebaran) cm
Lokasi
KoleksiMuzium Kebangsaan, Warsaw
Pengkatalogan
Nombor inventoriMP 334 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di dalam Punjung (Bahasa Pol : W altanie) ialah lukisan minyak yang dicipta oleh pelukis Nyatawan Poland Aleksander Gierymski pada tahun 1882. Ia dipamerkan di Muzium Kebangsaan di Warsaw, Poland.[1]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Lukisan tersebut menunjukkan majlis jamuan ringan sekumpulan bangsawan digambarkan dalam pakaian abad ke-18, yang berlangsung pada hari musim panas di sesuatu taman. Di tengah-tengah terdapat empat orang berbual sambil duduk mengelilingi meja dan seorang berdiri di sebelah mereka. Alas meja putih, cawan, dan balang siring yang separuh penuh dengan wain terletak di atas meja. Latarbelakangnya terdiri daripada junjung di sebelah kanan dan pokok dengan kumpulan orang lain duduk di sebelah meja di sebelah kiri. Di sudut bawah kiri lukisan tersebut terdapat seorang lelaki membongkok menghadap air pancut serta beberapa tumbuhan dalam pasu bunga. Lukisan tersebut dipenuhi dengan warna terang yang cair dan pekat, mewujudkan suasana sensual pada hari musim panas terik.

Pencerakinan

[sunting | sunting sumber]

Di dalam Punjung telah dilukis oleh Gierymski pada tahun 1882 selepas tinggal di Rom dan dianggap sebagai pendekatan beliau terhadap ketanggapwanan. Ia juga merupakan bantahannya terhadap mengaitkan karyanya terutamanya dengan menggambarkan kehidupan orang miskin, yang merupakan ciri-ciri lukisan awal beliau. Beliau ingin membuktikan kepada pengkritik bahawa teknik pengluahan seni yang nyatawiah boleh menggambarkan pelbagai jenis adegan termasuk yang berkaitan dengan kehidupan golongan atasan. Beliau memberikan perhatian mendalam terhadap butir-butiran dan berputus untuk memakaikan tokoh-tokoh dalam lukisan tersebut dengan pakaian tampan dari abad sebelumnya sebagai cara untuk menunjukkan kemahiran seninya.[2][3] Karya Gierymski boleh dibandingkan dengan tanggapwan-tanggapwan Perancis sezamannya, walaupun beliau belum pernah ke Paris dan tiada bukti bahawa dia telah melihat karya mereka.[4][5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Historia jednego obrazu. „W altanie" – Aleksander Gierymski" (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2020-10-29.
  2. ^ "Aleksander Gierymski, "W altanie"" (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2020-10-29.
  3. ^ "Dlaczego Aleksander Gierymski pociął pierwszą wersję obrazu „Altana"? A może nigdy nie było dwóch „Altan"…" (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2020-10-29.
  4. ^ "Aleksander Gierymski Info". Dicapai pada 2020-10-31.
  5. ^ "The Poet of Light in Warsaw". Dicapai pada 2020-10-31.