Suva
Suva
| |
|---|---|
Ibu negara bagi Fiji | |
Pusat Beli Belah Harbour Centre Bangunan Parlimen Lama Suva Harbour | |
Jata bagi Suva Jata | |
| Motto: Valataka na Dina (Berjuang Demi Keadilan) | |
Suva within Fiji | |
| Negara | |
| Bahagian | Bahagian Tenga |
| Wilayah | Rewa |
| Daerah | Suva |
| Kerajaan | |
| • Type | Majlis Bandar Raya Suva |
| Keluasan | |
| 26.24 km2 (10.13 batu persegi) | |
| Penduduk (2025 estimate) | |
| 101,166 | |
| • Kepadatan | 3,900/km2 (10,000/batu persegi) |
| • Bandar | 185,913 |
| Zon waktu | UTC+12 (FJT) |
| Tapak sesawang | suvacity |
Suva (Fiji: [ˈsuβa] ⓘ SOO-vuh, Hindi: सुवा ) merupakan ibu kota dan bandar terbesar dengan penduduk paling ramai di Fiji . Bandar ini merupakan pusat kawasan metropolitan terbesar di Fiji dan JUGA berfungsi sebagai pelabuhan utama negara tersebut . Bandar ini terletak di pesisit tenggara pulau Viti Levu, di Wilayah Rewa, Bahagian Tengah (Central Division).
Pada tahun 1877, ibu negara Fiji dipindahkan dari Levuka ke Suva. Suva mempunyai i populasi seramai 93,970 orang mengikut banci 2017[1] Suva ialah pusat politik, ekonomi dan budaya Fiji. Ia juga merupakan ibu kota ekonomi dan budaya Pasifik Selatan, yang menempatkan kebanyakan ibu pejabat serantau syarikat antarabangsa utama, agensi antarabangsa dan misi diplomatik.
Geografi dan Ciri-Ciri Fizikal
[sunting | sunting sumber]
Selain menjadi ibu kota Fiji, Suva juga merupakan pusat perdagangan , pusat politik dan bandar pelabuhan utamanya. Ia mempunyai gabungan bangunan moden dan seni bina zaman kolonial.

Suva terletak di sekitar pelabuhan di sebuah semenanjung berbukit di sudut tenggara Pulau Viti Levu, antara Teluk Laucala dan Pelabuhan Suva. Kawasan Pergunungan di utara dan barat bandar ini menahan tiupan angin angin pesat tenggara, sekali gus mewujudkan keadaan yang lembap sepanjang tahun.
Walaupun Suva terletak di sebuah semenanjung, dan hampir keseuruhanya dikelilingi oleh laut, kawasan pesisir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau - pantai yang terdekat terletak kira-kira 40 kilometer (25 mi) jauhnya, di Pacific Harbour . Sebahagian besar pusat bandar, termasuk bangunan Parlimen, dibina di atas tanah paya bakau yang telah ditambak.
Wad bandar
[sunting | sunting sumber]Bandar ini mempunyai lima wad [2] [3] :
- Pusat: pusat bandar; kebanyakannya komersial, daerah perniagaan pusat
- Tamavua: bandar; kebanyakannya kediaman
- Peluasan: separa bandar; kediaman
- Samabula: bandar; kediaman, perindustrian dan komersial; mempunyai pusat bandarnya sendiri yang berasingan; termasuk sebuah universiti
- Muanikau: bandar; kebanyakannya kawasan perindustrian dan kediaman; merangkumi tempat sukan yang besar, universiti, dan kawasan rekreasi
Demografi
[sunting | sunting sumber]
Suva merupakan sebuah bandar berbilang kaum dan budaya. Orang Asli Fiji dan Indo-Fiji, dua kumpulan terbesar yang membentuk sebahagian besar penduduk Suva. Selain itum bandar ini juga penempatan kepada populasi etnik minoriti Fiji, termasuk Rotuman, Lauan, Rambian, Eropah (dikenali sebagai Kaivalagi ), separa Eropah (keturunan Eropah dan Fiji, dikenali sebagai " Kailoma ") dan Orang Cina . Bahasa yang paling banyak dituturkan ialah Bahasa Inggeris, bahasa Fiji, dAN bahasa Hindi Fiji .Bahasa-bahasa lain juga dituturkan oleh komuniti masing-masing.
Penduduk Suva mewakili semua kumpulan peribumi utama Pasifik: Suva kadangkala dipanggil " New York Pasifik". Bandar ini mempunyai reputasi sebagai pusat ekonomi utama di rantau ini dan merupakan tapak kampus utama Universiti Pasifik Selatan . Ini telah menyebabkan kemasukan migran dari bahagian Pasifik, yang belajar, bekerja, dan tinggal di Suva dan daerahnya.
| 1986 | 1996 | 2007 | 2017 | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bandar Suva | 141,273 | 167,975 | 85,691 | 93,970 | |||||||
| Angka rasmi daripada banci penduduk | |||||||||||
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Tapak rasmi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Fiji Islands Bureau of Statistics – Population and Demography". Statsfiji.gov.fj. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2012. Dicapai pada 10 October 2012.
- ↑ Narayan, Vidya (January 2002). "Rating Appraisal in Fiji Islands – Comparative Study of Unimproved Value and Proposed Improved Capital Value Rating Systems" (PDF). Pacific Rim Real Estate Society. m/s. 26. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 January 2022. Dicapai pada 30 August 2023.
- ↑ "Suva City Council". suvacity.org. Dicapai pada 30 August 2023.
