close
Pergi ke kandungan

Kapal kontena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BERJAYA
Emma Mærsk, kapal kontena terbesar di dunia

Kapal kontena ialah kapal dagang atau kapal kargo yang boleh dimuatkan dengan kontena, dalam teknik yang dikenali sebagai pengkontenaan. Kapal kontena ialah satu alat penting dalam pengangkutan antara mod.

Kapal kontena terawal ialah kapal tangki yang diubahsuai, yang dibina dari lebihan kapal tangki T2 selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1951, kapal pertama khusus untuk kontena mula beroperasi di Denmark, dan antara Seattle dan Alaska.

Kapal khusus untuk kontena yang pertama di Amerika Syarikat ialah Ideal-X [1], sebuah kapal tangki T2, milik Malcom McLean, yang membawa 58 kontena besi antara Newark, New Jersey dan Houston,Texas dalam pelayaran pertamanya pada bulan April 1956.

Hari ini, lebih kurang 90% kargo bukan pukal di dunia diangkut menggunakan kontena, dan kapal kontena moden mampu membawa sehingga 15,000 TEU. Dari segi kelas, kapal kontena sekarang menyaingi kapal tangki minyak dan kapal kargo pukal sebagai kapal komersil terbesar di lautan.

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Kapal kontena "Zrin" mempunyai kemampuan memunggah sendiri kargo
BERJAYA
Kapal kontena "CMA CGM Balzac" di pelabuhan Zeebrugge, Belgium.

Kapa kontena direka bentuk dengan tujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang. Kapasitinya diukur dalam unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), iaitu unit piawai kontena berdimensi 20 × 8.0 × 8.5 kaki (6.1 × 2.4 × 2.6 meter) (panjang × lebar × tinggi). Untuk kontena 40 kaki (12 meter), unit persamaan yang digunakan ialah 2 TEU atau 1 FEU (unit bersamaan empat puluh kaki). Kapal kontena yang besar tidak membawa alat-alat pengendalian kontena sendiri, jadi pemunggahan dan pemuatan cuma boleh dibuat di pelabuhan yang dilengkapi kren. Bagaimanapun, kapal yang lebih kecil sehingga 2900 TEU selalunya dilengkapi dengan krennya sendiri.

Sering digelar "bot kotak" (box boats), kapal kontena mengangkut majoriti kargo kering (dry cargo) atau barangan kilang di dunia. Kargo seperti besi, arang batu atau gandum diangkut oleh kapal kargo pukal. Terdapat banyak kapal-kapal besar yang melayari laluan perdagangan laut yang dimiliki oleh syarikat perkapalan utama, dan terdapat juga kapal-kapal yang dikenali sebagai "kapal penghantar" (feeder ship) yang lebih kecil digunakan untuk menghantar kontena kepada kapal-kapal besar melalui hab pemindahan di pelabuhan. Kebanyakan kapal kontena dikuasakan oleh enjin diesel dan mempunyai anak kapal antara 20 dan 40 orang. Ia biasanya mempunyai blok kediaman yang besar di bahagian belakang berhampiran bilik enjin. Pada masa kini, kapal kontena mampu membawa sehingga 15,000 TEU dalam satu pelayaran. Kapal kontena terbesar di dunia ialah M/V Emma Mærsk yang memiliki kapasiti 15,212 TEU.[2]

Pada tahun 2008, pembina kapal dari Korea Selatan, STX mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal kontena yang mampu membawa sehingga 22,000 TEU,[3] dengan dimensi cadangan, 450 meter panjang dan 60 meter lebar.[4] Jika siap dibina, kapal kontena ini akan menjadi kapal laut terbesar di dunia.[5]

Senarai limbungan

[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal kontena besar yang melebihi 7000 TEU telah dibina di limbungan-limbungan berikut.


BERJAYA
Kapal kontena "Rita" sedang dimuatkan di Copenhagen diperhatikan anak kapal di geladak.

Transit tanpa henti kontena di seluruh dunia membawa bersamanya risiko yang sangat besar.

Antara risikonya ialah berkaitan pemuatan dan pemunggahan kontena, samada ia memberi kesan kepada kargo itu ataupun kapal itu sendiri. Oleh kerana sifatnya yang kurang menonjol dan jumlahnya yang besar dikendalikan di pelabuhan utama, kontena memerlukan organisasi yang kompleks bagi memastikan ia tidak hilang, dicuri atau dihantar ke destinasi yang salah. Selain itu, kontena dan kargo yang dibawanya memberi beban berat yang besar kepada sesebuah kapal kontena, jadi proses memuat dan memunggah perlu dilakukan dengan mengambil kira keseimbangan kapal kerana ia memberi kesan langsung kepada pusat berat kapal tersebut.

Pengemudian di pesisir pantai dan pelabuhan juga mengundang bahaya kepada anjungan kapal seperti apa yang berlaku kepada sebuah kapal kontena yang melanggar jambatan teluk Oakland, San Francisco pada 7 November, 2007.[6]

Dianggarkan terdapat 10,000 kontena hilang dari atas kapal di laut setiap tahun.[7] Kebanyakan kes hilang berlaku akibat ribut dan arus yang kuat tetapi terdapat juga kes seluruh kapal hilang bersama muatannya di lautan. Kontena yang jatuh ke laut menjadi ancaman kepada alam sekitar -diistilahkan "sampah marin".

Perisian muatan moden (seperti modul BELCO, SEALASH dan DAGO) membantu mengurangkan risiko yang disebabkan oleh atur muat kontena yang tidak betul.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Kargo yang terlalu besar untuk kontena biasa boleh dibawa di atas kontena rak rata, kontena buka atas dan kontena pelantar. Terdapat juga kapal yang dikenali sebagai roll-on/roll-off (RORO), yang menggunakan sistem tanjakan untuk memuat dan memunggah, untuk membawa kargo pukal seperti kereta dan mesin berat.

Masa depan

[sunting | sunting sumber]

Kapal kontena dibina dengan saiz yang lebih besar untuk mengurangkan kos. Salah satu kelas saiz kapal ialah piawai "Suezmax", merujuk kepada saiz kapal terbesar yang muat melalui terusan Suez dan mampu membawa muatan sehingga 14,000 TEU. Kapal sebegini mempunyai berat mati sehingga 137,000 metrik tan, 400 meter panjang, lebih daripada 50 meter lebar, mempunyai drauf menghampiri 15 meter, dan menggunakan kuasa lebih daripada 100 MW (134,102hp) untuk mencapai 25.5 knot, satu spesifikasi yang dipenuhi oleh Emma Mærsk.

Mengatasi saiz Suezmax ialah "Malaccamax" (untuk Selat Melaka), kapal yang mampu memuatkan 18,000 TEU, berat mati sehingga 300,000 metrik tan, 470 meter panjang, 60 meter lebar, 16 meter drauf, dan menggunakan lebih daripada 100 MW (134,102hp) untuk kelajuan 25.5 knot. Ini mungkin satu had kepada semua kapal dagang sebelum laluan kontena sedunia yang baru dibina.[8] Halangan utama untuk rekabentuk kapal dengan saiz ini ialah ketiadaan enjin tunggal yang berkemampuan, yang kemudiannya diatasi dengan enjin MAN B&W K108ME-C.

Masalah lain ialah kekurangan pengilang yang mampu mengeluarkan bebaling yang mampu menerima kuasa enijn ini, yang perlu berdiameter lebih kurang 10 meter, dan seberat 130 tan. Bebaling bersaiz ini pernah dibina untuk Emma Mærsk oleh Mecklenburger Metallguss GmbH in Waren, Germany. Halangan yang lain seperti masa di pelabuhan dan fleksibiliti laluan perkhidmatan merupakan halangan sama yang akhirnya menghadkan perkembangan saiz kapal tangki besar.

Kapal terbesar

[sunting | sunting sumber]
Sepuluh kapal kontena terbesar, disenaraikan berdasarkan kapasiti TEU
Tahun dibinaNamaKapal kembarPanjangLebarTEU maksimumGTPemilikBendera
2006Emma Mærsk7397.7 m56.4 m15,200151,687Maersk LineDenmark
2009MSC Danit6365.50 m51.20 m14,000153,092Mediterranean Shipping Company S.A.Panama
2009MSC Beatrice6366 m51 m14,000151,559Mediterranean Shipping Company S.A.Panama
2008CMA CGM Thalassa1346.5 m45.6 m10,960128,600CMA CGMCyprus
2005Gudrun Mærsk5367.3 m42.8 m10,15097,933Maersk LineDenmark
2002Clementine Mærsk6348.742.6 m 6,600 [9] 96000Maersk LineDenmark
2006COSCO Guangzhou4350 m42.8 m 9,450[10] 99,833COSCOGreece
2006CMA CGM Medea3350 m42.8 m 9,415[11] 99,500CMA CGMPerancis
2003Axel Mærsk5352.6 m42.8 m9,31093,496Maersk LineDenmark
2006NYK Vega2338.2 m45.6 m9,200 97,825NYK linePanama
2005MSC Pamela5336.7 m45.6 m9,17890,500MSCLiberia
2006MSC Madeleine1348.5 m42.8 m9,100107,551MSCLiberia
2006Hannover Bridge2336 m45.8 m9,04089,000K LineJepun

Pelabuhan paling sibuk

[sunting | sunting sumber]

Nota: "TEU" bermaksud unit bersamaan dua puluh kaki (twenty-foot equivalent unit)" i.e sebuah kontena 20 kaki. Jadi sebuah kontena 40 kaki bersamaan dengan 2 TEU.

KedudukanPelabuhanNegaraTEU (000)[12]+/- dari 2004% perubahan dari 2004
1Singapura Pelabuhan SingapuraSingapura23,1921,8638.73
2Hong Kong Pelabuhan Hong KongRepublik Rakyat China22,4274432.02
3Republik Rakyat China Pelabuhan ShanghaiRepublik Rakyat China18,0843,52724.23
4Republik Rakyat China ShenzhenRepublik Rakyat China16,1972,58218.96
5Korea Selatan BusanKorea Selatan11,8434133.61
6Taiwan Pelabuhan KaohsiungTaiwan9,47100.00
7Belanda Pelabuhan RotterdamBelanda9,2871,00612.15
8Jerman Pelabuhan HamburgJerman8,0881,08515.49
9Emiriah Arab Bersatu DubaiEmiriah Arab Bersatu7,6191,19018.51
10Amerika Syarikat Pelabuhan Los AngelesAmerika Syarikat7,4851642.24

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
BERJAYA
Sebuah kapal penghantar di Yangtze, Wuhan, China
  1. Levinson, Marc: "The Box", pg. 1, Princeton University Press, 2006
  2. "Emma Maersk (PDF)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-01-04. Dicapai pada 2007-01-04.
  3. "STX reveals design for world's largest containership". SeaTrade Asia. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-24. Dicapai pada 2008-09-10. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. "STX ponders 20,000 TEU boxship". Turkish Maritime. 2008. Dicapai pada 2008-09-10. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  5. "New designs on the world's biggest container ships". Shipping Times. Shipping Times UK. 2008-05-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-01. Dicapai pada 2008-09-10. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. "Ship crashes into Bay Bridge tower, spills fuel oil". San Francisco Chronicle. 2007-11-08.
  7. Janice Podsada (19 June 2001). "Lost Sea Cargo: Beach Bounty or Junk?". National Geographic News. Dicapai pada 2008-04-08.
  8. Propulsion Trends in Container Vessels, MAN B&W, 19 January 2005 (accessed 16 November 2005)
  9. "World's largest container ship delivered to Lloyd's Register class" (Siaran akhbar). Lloyd's Register. 6 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-21. Dicapai pada 2009-07-25.
  10. Kyunghee Park (9 March 2006). "Around Asia's markets: Glut dims prospects for cargo shippers". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-12. Dicapai pada 2009-07-25.
  11. "CMA CGM MEDEA, one of the world's largest container ships" (Siaran akhbar). CMA CGM. 2 October 2006.
  12. "AAPA World Port Rankings 2005". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2009-07-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]