close
Pergi ke kandungan

Claude Bernard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Claude Bernard
BERJAYA
Kelahiran(1813-07-12)12 Julai 1813
Saint-Julien, Rhône, Perancis
Meninggal dunia10 Februari 1878(1878-02-10) (umur 64)
Paris, Perancis
Pusat pendidikanUniversiti Paris
Terkenal keranaMilieu intérieur (persekitaran pendalaman)
PasanganMarie Françoise Martin (k. 1845; sep. 1869)
Anak-anakDua anak perempuan, Jeanne-Henriette dan Marie-Claude, dan seorang anak lelaki yang meninggal dunia semasa bayi
AnugerahBaly Medal (1869)
Pingat Copley (1876)
Kerjaya saintifik
BidangFisiologi
InstitusiMuséum national d'Histoire naturelle
PenaungLouis Napoleon
TesisRecherches sur une nouvelle fonction du foie, considéré comme organe producteur de matière sucrée chez l'homme et les animaux (1853)
Tandatangan
BERJAYA

Claude Bernard (Perancis: [klod bɛʁnaʁ]; 12 July 1813 – 10 February 1878) merupakan ahli fisiologi Perancis. I. Bernard Cohen dari Universiti Harvard mengelark Bernard "salah satu manusia paling penting dalam sains".[1] Beliau menamakan terma milieu intérieur dan dikaitkan dengan konsep homeostasis (konsep yang kemudian dinamakan oleh Walter Cannon).[2][3]

Kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Bernard dilahirkan pada 12 Julai 1813 di perkampungan Saint-Julien,[4] berdekatan Villefranche-sur-Saône. Beliau menerima pendidikan awalnya di sekolah Jesuit dalam kampung tersebut dan kemudian bersekolah di kolej di Lyon dan kemudian menjadi pembantu di kedai ubatan.[4] Beliau kadang-kala dikatakan agnostik[5] dan digelar oleh rakan sekerjanya sebagai "paderi ateisme". Walaupun begitu, selepas kematiannya, Kardinal Ferdinand Donnet mendakwa Bernard adalah seorang Katolik yang fanatik,[6] dengan catatan biografinya dalam Ensiklopedia Katolik''.[7] Waktu lapangnya dikhaskan untuk menggubah komedi vaudeville, dan kejayaan yang dicapai mendorongnya untuk mencuba drama prosa dalam lima babak, Arthur de Bretagne.[8] Arthur de Bretagne[9] hanya diterbitkan selepas kematiannya.[10] A second edition appeared in 1943.[9][11]

Pada 1834, ketika berumur dua puluh satu, Beliau menuju ke Paris untuk mempersembahkan drama ini kepada pengkritik Saint-Marc Girardin tetapi dihalang daripada menjadikan kesusasteraan sebagai kerjanya. Girardin menggesanya untuk mengambil pengajian perubatan sebaliknya.[4] Bernard mengikuti nasihat tersebut dan kemudian menjadi interne di Hôtel-Dieu de Paris. Di sana, beliau berjumpa dengan ahli fisiologi François Magendie yang berkhidmat sebagai doktor di hospital tersebut. Bernard menjadi preparateur (pembantu makmal) di Collège de France pada 1841.[8]

BERJAYA
Plak peringatan di Paris menandakan tapak makmal Claude Bernard dari tahun 1847 sehingga kematiannya pada tahun 1878.

Pada 1845, beliau mengkahwini Marie Françoise "Fanny" Martin bagi kemudahannya; Perkahwinan itu diatur oleh seorang rakan sekerja dan mas kahwinnya membantu membiayai eksperimennya. Pada tahun 1847, beliau dilantik sebagai timbalan profesor Magendie di kolej tersebut dan pada tahun 1855, beliau menggantikannya sebagai profesor penuh. Pada 1860, Bernard dilantik sebagai ahli antarabangsa bagi American Philosophical Society.[12] Bidang penyelidikannya dianggap tidak penting pada masa itu dan makmal yang ditugaskan kepadanya adalah "bilik bawah tanah".[13]

Bernard dilantik pada waktu ketika ini menjadi untuk menjadi pengerusi fisiologi sulung di Sorbonne, tetapi tiada makmal disediakan untuk kegunaannya. Selepas berbual dengan Bernard pada tahun 1864, Louis Napoleon membina sebuah makmal di Muséum national d'Histoire naturelle di Jardin des Plantes untuk Bernard. Pada masa yang sama, Napoleon III menubuhkan jawatan profesor yang diterima oleh Bernard dan meninggalkan Sorbonne pada tahun 1868. Pada tahun yang sama, beliau juga dilantik menjadi ahli Académie française dan dilantik sebgai ahli luar Royal Swedish Academy of Sciences.

Apabila beliau mati pada 10 Februari 1878, beliau diberi dia telah diberikan pengebumian awam. Sebelum ini, Perancis tidak pernah membenarkan pengembumian awam untuk seorang saintis.[8][4] Beliau dikebumikan di Perkuburan Père Lachaise di Paris.

BERJAYA
Potret oleh Marcel Mangin
BERJAYA
lukisan minyak yang menggambarkan Bernard bersama murid-muridnya
BERJAYA
Claude Bernard

Kerja utama Bernard yang pertama adalah mengenai fungsi pankreas. Penemuan beliau bahawa jus pankreas memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman memenangi beliau hadiah bagi fisiologi eksperimen dari French Academy of Sciences.[14] Penemuan beliau secara mendalam menunjukkan bahawa pankreas menggeluarkan sebuah cecair yang mengandungi sebuah enzim lipolitik yang memecahkan lemak neutral kepada gliserol dan asid lemak.[15] Sebelum penyelidikan beliau, fungsi pankreas amat kurang difahami, dengan ramai ahli fisiologi menganggapnya sebagai kelenjar yang tidak begitu penting.[16] Bernard juga menemui bahawa apabila eter dimasukkan ke dalam perut atau duodenum, hasilnya akan mengeeluarkan pembebasan pankreas yang diinduksi. Ahli fisiologi bernama William Bayliss menganggap karya Bernard berpengaruh dalam penemuan sekretin oleh Bernard, iaitu hormon pertama yang diasingkan.[17]

Perdebatan saintifik dan kritikan

[sunting | sunting sumber]

Teori gilogenic Bernard mendapat tentangan daripada Frederick Pavy yang menggangap bahawa gula hepatic sugar berasal dari darah yang beredar daripada sintesis. Perdebatan ini berlarutan beberapa dekad sehingga bukti biokimia mengesahkan tafsiran Bernard. Kerja kemudian oleh von Mering dan Minkowski pada diabetes pankreatik memperhalusi lagi kesimpulannya tentang pengawalan glukosa.[18]

  1. Bernard, Claude (1957) [1865]. "Foreword". Dalam Cohen, I. Bernard (penyunting). An Introduction to the Study of Experimental Medicine. Diterjemahkan oleh Copley Greene, Henry. Dover Publications. m/s. i.
  2. Gross, Charles G. (1 September 1998). "Claude Bernard and the constancy of the internal environment". The Neuroscientist. 4 (5): 380–385. doi:10.1177/107385849800400520. S2CID 51424670. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2023. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  3. Billman, George E. (2020). "Homeostasis: The Underappreciated and Far Too Often Ignored Central Organizing Principle of Physiology". Frontiers in Physiology. 11. doi:10.3389/fphys.2020.00200. PMC 7076167. PMID 32210840. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  4. 1 2 3 4 D. Wright Wilson (Jun 1914). "Claude Bernard". Popular Science. Bonnier Corporation: 567–578.
  5. Simmons, John G. (2002). Doctors and Discoveries: Lives That Created Today's Medicine. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 17. ISBN 978-0-618-15276-6. Upon his death on February 10, 1878, Bernard received a state funeral – the first French scientist to be so honored. The procession ended at Pere Lachaise cemetery, and Gustave Flaubert described it later with a touch of irony as 'religious and very beautiful'. Bernard was an agnostic.
  6. Donnet, Vincent (1998). "Claude Bernard était-il athée?" [Was Claude Bernard an atheist?] (PDF). Histoire des Sciences Médicales (dalam bahasa Perancis). 32 (1): 51–55. ISSN 0440-8888. PMID 11625277.
  7. "Claude Bernard". Catholic Encyclopedia melalui newadvent.org.
  8. 1 2 3 Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Bernard, Claude" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 3 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 798.
  9. 1 2 Marduel, Marie-Aymée (2006). "Claude Bernard, un physiologiste natif du Beaujolais: Sa famille, sa vie, son oeuvre" [Claude Bernard, a physiologist born in Beaujolais: His family, his life, his work] (PDF) (dalam bahasa Perancis). Marie-Aymée Marduel. m/s. 6, 24. Dicapai pada 25 April 2021.
  10. Bernard, Claude (1887). Arthur de Bretagne. Paris: E. Dentu.
  11. Bernard, Claude (1943). Arthur de Bretagne (ed. 2nd). Paris: J.-M. Le Goff.
  12. "Member History". American Philosophical Society. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  13. Vallery-Radot, René (1 Mac 2003). Life of Pasteur 1928. Kessinger. m/s. 42. ISBN 9780766143524.
  14. "Comptes rendus hebdomadaires des séances de l'Académie des sciences" [Weekly reports of the sessions of the Academy of Sciences]. Académie des sciences (dalam bahasa Perancis) (24). Paris. 1847.
  15. de Romo, A. C. (1989). "Tallow and the time capsule: Claude Bernard's discovery of the pancreatic digestion of fat". History and Philosophy of the Life Sciences. 11 (2): 253–274. ISSN 0391-9714. PMID 2700021.
  16. Rodriguez de Romo, A. C.; Borgstein, J. (1999). "Claude Bernard and pancreatic function revisited after 150 years". Vesalius: Acta Internationales Historiae Medicinae. 5 (1): 18–24. ISSN 1373-4857. PMID 11623831.
  17. W M Bayliss, E H Starling The mechanism of pancreatic secretion J Physiol. 1902 Sep 12;28(5):325–353
  18. Tattersall, R. (1997). "Frederick Pavy (1829-1911) and his opposition to the glycogenic theory of Claude Bernard". Annals of Science. 54 (4): 361–374. doi:10.1080/00033799700200281. ISSN 0003-3790. PMID 11619384.

Pembacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Cybernetics Templat:Académie française Kerusi 29 Templat:Pemenang pingat Copley 1851-1900