BBC Radio
Logo digunakan sejak 2021 | |
| Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
|---|---|
| Industri | Media massa |
| Ditubuhkan | 18 Oktober 1922 |
| Ibu pejabat |
|
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| Tokoh penting | Bob Shennan (Pengarah Urusan Kumpulan, BBC) |
| Perkhidmatan | Penyiaran radio |
| Pemilik | Perbadanan Penyiaran British |
| Syarikat induk | BBC |
| Tapak web | bbc.com/audio |
| sunting · sunting di Wikidata | |
BBC Radio ialah sebuah bahagian operasi perniagaan[1] dan perkhidmatan milik Perbadanan Penyiaran British (BBC), yang telah beroperasi di United Kingdom di bawah terma piagam diraja sejak tahun 1927. Perkhidmatan ini menyediakan rangkaian stesen radio kebangsaan yang merangkumi pelbagai genre muzik, serta stesen radio tempatan yang menumpukan kepada berita, hal ehwal semasa dan kepentingan masyarakat setempat. Selain itu, BBC Radio turut menyelia dan mengurus kandungan audio dalam talian.
Dalam kalangan stesen radio kebangsaan, BBC Radio 1, Radio 2, Radio 3, Radio 4 dan Radio 5 Live semuanya tersedia melalui radio analog, iaitu Radio 1, 2, 3 dan 4 melalui FM, manakala Radio 5 Live melalui gelombang sederhana (MW). BBC Radio 4 juga disiarkan melalui gelombang panjang (longwave).[2] Selain itu, semua stesen ini boleh diakses melalui radio digital DAB, BBC Sounds (pendengar luar UK mendengar melalui BBC.com) serta platform penyiaran televisyen termasuk Sky, Freeview, Freesat dan Virgin Media. BBC Radio 1Xtra, Radio 1 Dance, Radio 1 Anthems, Radio 3 Unwind, Radio 4 Extra, Radio 5 Sports Extra, Radio 6 Music, Asian Network[a] dan World Service pula hanya disiarkan melalui DAB, BBC Sounds, BBC.com dan platform penyiaran televisyen seluruh UK. Kesemua stesen radio kebangsaan BBC bersiaran dari pangkalan di London dan Manchester, lazimnya di dalam atau berhampiran Broadcasting House atau MediaCityUK. Walau bagaimanapun, unit pengeluaran rangkaian BBC yang terletak di Belfast, Birmingham, Bristol, Cardiff dan Glasgow turut menghasilkan program radio.[3]
Bermula 21 Julai 2025, semua pendengar radio BBC di luar UK melalui BBC Sounds tidak dapat mendengarkan melalui BBC Sounds melainkan menggunakan aplikasi BBC.com atau laman web khas yang disediakan oleh pihak BBC walaupun stesen-stesen radio BBC tetap berjalan.[4]
Stesen
[sunting | sunting sumber]
Radio kebangsaan (seluruh UK)
[sunting | sunting sumber]NOTA: Frekuensi dan DAB+ hanya ada di seluruh United Kingdom sahaja.
| Logo | Stesen | Kandungan | Slogan (Inggeris / Melayu) | Ketersediaan | Frekuensi / Aplikasi / Laman Web |
|---|---|---|---|---|---|
| BBC Radio 1 | Muzik popular untuk remaja, termasuk talkshow, hiburan, muzik alternatif, berita, sesi muzik langsung dalaman, konsert muzik langsung dan dokumentari muzik. | The biggest new pop and all day vibes (Melayu: Pop baharu terbesar dan irama sepanjang hari) | Nasional | 97–99 FM, DAB+, BBC.com[5] | |
| BBC Radio 1 Dance | Muzik elektronik dan dance, termasuk mix dan muzik berorientasikan tarian. | The biggest current, future and classic dance vibes (Melayu: Irama tarian terkini, masa depan dan klasik terbesar) | Digital sahaja | DAB+, BBC.com[6] | |
| BBC Radio 1 Anthems | Muzik dari akhir 1990-an hingga kini. | All day anthems from the 00s to now (Melayu: Anthem sepanjang hari dari tahun 2000 hingga kini) | Digital sahaja | DAB+, BBC.com[7] | |
| BBC Radio 1Xtra | Gabungan muzik Black dan kandungan lain, termasuk berita, sesi muzik langsung dalaman, konsert langsung dan dokumentari muzik. Disimulcast dengan Radio 1 setiap Sabtu, 9:00-11:00 malam. | Amplifying Black music and culture (Melayu: Memperkasakan muzik dan budaya Black) | Digital sahaja | DAB+, BBC.com[8] | |
| BBC Radio 2 | Muzik dewasa, talkshow, hiburan, muzik alternatif, berita, sesi muzik langsung dalaman, konsert langsung dan dokumentari muzik. | Lift your day with the best tunes from your favourite DJs (Melayu: Riang ria harimu dengan lagu terbaik DJ kegemaranmu) | Nasional | 88–91 FM, DAB+, BBC.com[9] | |
| BBC Radio 3 | Seni dan budaya tinggi, muzik khusus (klasik, jazz, muzik dunia), berita, sesi muzik langsung dalaman, konsert langsung dan dokumentari muzik. | Adventures in classical (Melayu: Pengembaraan dalam muzik klasik) | Nasional | 90–93 FM, DAB+, BBC.com[10] | |
| BBC Radio 3 Unwind | Muzik klasik santai dan menenangkan, termasuk rancangan meditasi. | Music to unwind your mind (Melayu:Muzik untuk menenangkan fikiran) | Digital sahaja | DAB+, BBC.com[11] | |
| BBC Radio 4 | Berita, hal ehwal semasa, seni, sejarah, drama dalaman asli, komedi asli, sains, buku dan program keagamaan. Simulcast World Service 1:00–5:20 pagi setiap hari. | Inquisitive speech radio to make sense of your world (Melayu: Radio bicaranya ingin tahu untuk memahami dunia anda) | Nasional | 92–95 FM, 103–105 FM, 198 LW, DAB+, BBC.com[12] | |
| BBC Radio 4 Extra | Komedi klasik, drama, buku, sains fiksyen, fantasi dan program kanak-kanak. Juga menyiarkan The Daily Service. Dahulunya BBC Radio 7. | Journey into the Radio 4 archive (Melayu: Perjalanan ke arkib Radio 4) | Digital sahaja | DAB+, BBC.com[13] | |
| BBC Radio 5 Live | Berita, hal ehwal semasa, liputan sukan langsung, panggilan telefon dan talkshow. | The voice of the UK - breaking news and live sport (Melayu: Suara UK - berita terkini dan sukan langsung) | Nasional | 693 & 909 MW, DAB+, BBC.com[14] | |
| BBC Radio 5 Sports Extra | Stesen tambahan untuk liputan acara sukan. | More live sport. Pure live sport. (Melayu: Lebih sukan langsung. Sukan langsung tulen.) | Digital sahaja | DAB+, BBC Sounds (UK Sahaja) | |
| BBC Radio 6 Music | Campuran muzik alternatif dan genre lain, termasuk berita, sesi muzik langsung dalaman, konsert dan dokumentari muzik. | Music beyond the mainstream (Melayu: Muzik di luar arus perdana) | Digital sahaja | DAB+, BBC.com[15] | |
| BBC Asian Network | Muzik dan talk untuk komuniti British-Asian, termasuk berita, sesi muzik langsung dalaman, konsert dan dokumentari muzik. | Celebrating British Asian identity (Melayu: Meraikan identiti British-Asian) | Nasional & MW terhad | DAB+, BBC.com[16] | |
| CBeebies Radio | Versi audio saluran televisyen CBeebies dengan pelbagai kandungan untuk kanak-kanak kecil. | Songs, stories and fun. It's CBeebies for your ears (Melayu: Lagu, cerita dan keseronokan. CBeebies untuk telingamu) | Digital sahaja | BBC Sounds (UK Sahaja) |
Radio wilayah dan tempatan
[sunting | sunting sumber]BBC juga mengendalikan stesen radio bagi tiga negara UK: Wales, Scotland, dan Ireland Utara. Stesen-stesen ini memberi tumpuan lebih kepada isu tempatan berbanding stesen kebangsaan UK, termasuk menganjurkan perdebatan telefon secara langsung mengenai isu tersebut, serta rancangan ringan dengan muzik dari pelbagai dekad abad ke-20 dan ke-21. Berbanding dengan majoriti stesen radio komersial UK yang kebanyakannya hanya menyiarkan muzik popular semasa, stesen “kebangsaan serantau” BBC menawarkan julat program yang lebih pelbagai.
- BBC Radio Wales[17] – Pelbagai rancangan untuk pendengar di Wales.
- BBC Radio Cymru[18] – Rancangan dalam bahasa Welsh, termasuk stesen tambahan BBC Radio Cymru 2[19].
- BBC Radio Scotland[20] – Pelbagai rancangan untuk Scotland; termasuk stesen tambahan BBC Radio Orkney[21] dan BBC Radio Shetland[22].
- BBC Radio nan Gàidheal[23] – Rancangan dalam bahasa Scottish Gaelic.
- BBC Radio Ulster[24] – Pelbagai rancangan untuk Ireland Utara; termasuk stesen tambahan BBC Radio Foyle[25].
Radio tempatan (Local Radio)
[sunting | sunting sumber]Terdapat 40 stesen radio tempatan BBC Local Radio di seluruh England dan Kepulauan Channel, yang selalunya memberi tumpuan kepada setiap daerah, bandar, atau kawasan yang lebih luas.[26]
BBC World Service ialah penyiar antarabangsa terbesar di dunia,[28][29] menyiarkan dalam 27 bahasa ke pelbagai bahagian dunia melalui gelombang pendek analog dan digital, penstriman internet dan podcasting, satelit, relay FM dan MW, serta simulcast pada Radio 4 dari 1:00–5:30 pagi (waktu UK) dan Radio Cymru dari 12:00 tengah malam – 5:30 pagi (waktu UK). Perkhidmatan ini bebas politik (mengikut mandat Perjanjian yang diperincikan dalam Piagam BBC), bukan berasaskan keuntungan, dan bebas komersial. Perkhidmatan bahasa Inggeris sentiasa mempunyai pendengar di UK melalui LW dan oleh permintaan popular, perkhidmatan DAB kini membolehkan ia tersedia 24/7 untuk pendengar ini dengan kualiti penerimaan yang lebih baik. Ia juga tersedia di aplikasi SYOK di Malaysia[30].
| Slogan: | The World's Radio Station (Melayu: Stesen Radio Terbesar Dunia) |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "BBC Management Structure". 26 July 2013. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2011. Dicapai pada 26 July 2013.
- ↑ "BBC – About Radio 4". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-23.
- ↑ "BBC National Radio" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 February 2009. Dicapai pada 1 February 2009.
- ↑ "BBC Sounds: Radio stations will remain available outside UK". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2025-07-04. Dicapai pada 2026-01-01.
- ↑ "Radio 1 - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 1 Dance - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 1 Anthems - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 1Xtra - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 2 - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 3 - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 3 Unwind - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "BBC Audio | Radio 4 | Listen Live". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 4 Extra - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 5 Live - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio 6 Music - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Asian Network - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Wales - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Cymru - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Cymru 2 - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Scotland - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Orkney - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Shetland - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio nan Gàidheal - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Ulster - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Radio Foyle - Listen Live - BBC Sounds". BBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "BBC Local Radio in England Policy 2010/2011". Statements of Programme Policy > British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2012. Dicapai pada 2 August 2011.
- ↑ "BBC Audio | World Service | Listen Live". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
- ↑ "Microsoft Word - The Work of the BBC World Service 2008-09 HC 334 FINAL.doc" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 October 2020. Dicapai pada 16 February 2011.
- ↑ "World s largest international broadcaster visits city". Coal Valley News. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2011. Dicapai pada 16 February 2011.
- ↑ "BBC WORLD NEWS". Syok Radio (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-02.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Donovan, Paul (1991). The Radio Companion. London: HarperCollins. ISBN 0-586-09012-6.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ↑ BBC Asian Network disiarkan melalui gelombang sederhana (MW) di beberapa kawasan di Midlands, England.
<ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan
