close
Pergi ke kandungan

Amelia Henderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amelia Henderson
BERJAYA
Amelia ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 9 Ogos 2016.
Kelahiran
Amelia Thripura Henderson

(1995-10-20) 20 Oktober 1995 (umur 30)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penerbit
Tahun aktif2006–kini
Karya
Filemografi
PasanganDato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra (k. 2015; c. 2018)
Ibu bapa
  • Jaya Rudralingam (ibu)
  • Graham L. Henderson (bapa)
Saudara
  • Alexander Rudrakeith Henderson (adik lelaki)
  • Lydia Henderson
Laman web rasmiameliath.com

Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon, pengacara, model dan penerbit wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem.[1] Antara drama lakonannya ialah Keluarga Pontimau (2015), Jangan Benci Cintaku (2018), Cinta Non Grata (2019), Cik Ayu Mee Sanggul (2021) dan I.D. (2024). Beliau juga telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Talentime (2009), J2: J Retribusi (2021), Pulau (2023), Harimau Malaya: The Untold Journey (2024) dan Blood Brothers: Bara Naga (2025).

Kerjaya

BERJAYA
Amelia semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada tahun 2015.

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[2] Selepas itu, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi sitkom Keluarga Adam.[2] Beliau juga pernah melibatkan diri dalam persembahan pentas muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[2]

Selain itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat kerana kelebihan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[2] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau kemudiannya berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[2][3]

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[2]

Sejak 2022, beliau mengendalikan siniar yang bertajuk Studio Sembang yang disiarkan di saluran YouTube beliau, ATHQ Media setiap Khamis.[4][5][6]

Amelia menyumbangkan suaranya untuk watak Kapten Zee dalam filem animasi Didi & Friends The Movie (2023).[7] Selain menyumbangkan suara, beliau turut menyanyi rap dalam filem ini.[8]

Kehidupan peribadi

Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik. Adik lelakinya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.[9][10][11]

Sebelum melangsungkan perkahwinan, Amelia telah memeluk Islam dengan nama baharunya iaitu Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah. Beliau kemudian sah bergelar isteri kepada YTM Dato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra, anakanda kepada YTM Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan YABhg. Toh Puan Bendahara Kedah, To’ Puan Seri Utama Puan Sri Dato’ Seri Noor Suzanna Abdullah pada 14 Ogos 2015 bertempat di Carcosa Seri Negara. Beliau kemudian bergelar “Yang Berbahagia Datin Indera Amelia Thripura Henderson”.

Namun begitu, mereka sudah bercerai pada tahun 2018. Perkahwinan yang terlerai itu tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.[12][13]

Kontroversi

Amelia menjadi subjek kontroversi pada Jun 2022 apabila penerbit dan pelakon, A. Aida menuduhnya dan seorang lagi pelakon, Idris Khan kerana menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sekaligus melanggar kontrak yang dimeterai. Berdasarkan daripada kontrak yang ditandatangani pada Februari 2022, beliau dan Idris sepatutnya menjalani penggambaran drama itu pada 16 Jun 2022, namun mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai hero dan heroin drama itu sehari sebelum sesi penggambaran bermula.[14] Amelia kemudian menjelaskan situasi sebenar dengan menafikan bahawa beliau telah melanggar kontrak penggambaran drama itu selepas mengetahuinya di media sosial.[15] Beliau turut mendakwa skrip dan watak berbeza menjadi punca beliau menarik diri.[16] Pada 7 April 2023, beliau telah diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur supaya membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak penggambaran Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Production.[17][18]

Filemografi

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2020 "Khayalan Dalam Rindu" Sam Suhaid
2022 "Sama Seperti Dulu" Hael Husaini
2023 "Kau Aku Satu" Alif Satar & The Locos

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Stail EH! ke-5 Selebriti Harapan Tercalon [19]
2017 Anugerah Stail EH! ke-6 Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
2019 Face of Malaysia Awards Celebrity Star of the Year Menang [20]
Anugerah Model Asia ke-14 Anugerah Bintang Model – Malaysia Menang [21]
Anugerah Instafamous ke-2 Anugerah Instafamous Bergaya Menang [22]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baharu Wanita Popular Jangan Benci Cintaku Tercalon [23][24]
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Pelakon Wanita Harapan J2: J Retribusi Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktres TV Popular Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Artis Filem Wanita Popular Tercalon
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktres Pembantu Filem Popular Tercalon

Rujukan

  1. Fatin Farhana Ariffin (31 Julai 2021). "Amelia belum fikir soal jodoh". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  2. 1 2 3 4 5 6 Kak Hazel (27 Mac 2012). "Amelia Serba Boleh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 April 2015. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 27 Mac 2012.
  4. Ain Mahthir (3 Januari 2023). "Amelia Henderson Cerita Mengenai 'Studio Sembang', Idam Nak Jemput Neelofa, DSV Sebagai Tetamu". Syor. Dicapai pada 28 April 2023.
  5. Wafa Awla (30 Disember 2022). ""Saya Wujudkan Podcast Ini Sebab…" Banyak Komen Positif, Studio Sembang Menang Favourite Independent Podcast!". Getaran. Dicapai pada 28 April 2023.
  6. Mohd Haikal Isa (20 Februari 2023). "Podcast buka aib orang? Ini jawapan padu Amelia Henderson". Kosmo!. Dicapai pada 28 April 2023.
  7. Marcus Lee (2 Mac 2023). "We Spoke to Amelia Henderson About Didi & Friends the Movie and Her Role As Captain Zee" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 26 April 2023.
  8. "Amelia Henderson menyanyi, rap dalam "Didi & Friends The Movie"". Miss Mynah. 17 Februari 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
  9. Yeoh, Angelin (1 September 2016). "Amelia Henderson is a real life warrior princess". TheMalayMailOnline. Dicapai pada 23 November 2016.
  10. Chu, Mei Mei (14 June 2019). "Klang-born model Amelia Henderson turns racist comments into opportunity to preach love". The Star. Dicapai pada 12 December 2019.
  11. "Do You Still Remember This Girl? You Will Be Amazed To See How She Looks Like Now!!!". The Coverage. 31 October 2016. Dicapai pada 12 December 2019.
  12. Fuad, Farhana (25 Ogos 2015). "Amelia Henderson Sudah Berkahwin". EH!. Dicapai pada 12 Mei 2016.
  13. Mawar, Raja (26 Ogos 2018). "Memang kami sudah berpisah". Berita Harian. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  14. Ridzuan Abdul Rahman (24 Jun 2022). "'Amelia Henderson, Idris Khan mengarut, tak profesional!' - A Aida [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 11 April 2023.
  15. Farizan Zainal (26 Jun 2022). "Amelia Henderson Nafi Langgar Kontrak Drama A. Aida". Rotikaya. Dicapai pada 11 April 2023.
  16. "[VIDEO] Amelia Henderson nafi langgar kontrak drama A. Aida, skrip dan watak berbeza punca tarik diri". mStar Online. 26 Jun 2022. Dicapai pada 11 April 2023.
  17. Faris Fuad; Affan Rostam (7 April 2023). "Amelia Henderson diarah bayar lebih RM200,000 kepada A Aida". Berita Harian. Dicapai pada 11 April 2023.
  18. Suwarni Mokhtar (8 April 2023). "Langgar kontrak: Amelia Henderson diperintah bayar lebih RM200,000". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 April 2023.
  19. "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. 31 March 2016.
  20. Thomas Tan (21 Mei 2019). "Lee Xuan wins Face of Asia-Pacific 2019". cj.my. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  21. Annie May (10 Jun 2019). "Malaysian Model Amelia Henderson Wins Award In South Korea". hype.my. Dicapai pada 12 Jun 2019.
  22. "Senarai Penerima Anugerah Instafamous 2019 Dibawakan Oleh Hurr.tv". mahagosip.com. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  23. Farihad Shalla Mahmud (August 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian.
  24. Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian.

Pautan luar