close
Pergi ke kandungan

Achey Bocey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Achey Bocey
آشي بوسي
BERJAYA
Kelahiran
Mohd Nasir bin Hamzah

(1986-08-17) 17 Ogos 1986 (umur 39)
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2012–kini
Karya
Filemografi
PasanganNur Hassanah "Anne" Yahya
Anak-anak1
IbuNgaisah binti Hassan
BapaHamzah bin Salam
KeluargaNatasha Hamzah (adik)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreKomedi, sketsa

Mohd Nasir bin Hamzah [1] atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama pada tahun 2013 terbitan TV3. Sebelum menganggotai kumpulan lawak popular Bocey bersama Abam dan Fad. Achey pernah menyertai pelbagai program hiburan seperti Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan Juara Parodi, serta aktif sebagai penyanyi menerusi lagu Yang Terindah dan Sakit. Di samping itu, beliau turut aktif di platform digital seperti TikTok sebagai salah satu medium mempromosi dan penjenamaan kerjaya seninya. Achey juga dikenali sebagai usahawan dan sering terlibat dalam kerja-kerja kebajikan.

BERJAYA
Achey ketika dinobatkan sebagai juara Bintang Mencari Bintang bersama sifunya, Harun Salim Bachik.

Beliau menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik. Pada November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 dan 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah. Beliau ialah abang kepada Natasha Hamzah.

Beliau ialah peminat tegar Seniman Agung, P. Ramlee.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi
RIM ERA FM
[4]
HOT FM
[5]
Muzik Muzik
[6]
2017 Yang Terindah 5 1 11
2018 Anak
2019 Sakit
2020 Kita Baik Ramai Sayang (bersama Fad)
2021 Sembuh
2022 Cintaku Takkan Hilang
2023 Raya Rempit
2024 Kabus (bersama Baby Feyaaa)
Kueh Raya
Biar (bersama Tantari)
2025 Ragam Raya(bersama Beby Feyaaa & Tantari)
2026 Nak Balik Raya (bersama Family)
Ibu Raya(bersama Rayyan,Dahlya & Tantari)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Artis Baru Lelaki Popular Achey Menang
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelawak Lelaki Paling Popular Tercalon
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon Komedi Lelaki Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
  1. Achey (Bocey) Tangguh Simen Kaki, Ziarah Allahyarham Harun Salim Bachik Diarkibkan 2015-06-15 di Wayback Machine mStar Online (10 Mac 2015). Diperoleh pada 1 Julai 2015.
  2. Bingkisan lebaran dua legasi Utusan Malaysia (1 Ogos 2014). Diperoleh pada 3 Ogos 2014.
  3. Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (20 Julai 2019). Bukan jenaka kosong Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  4. "Carta ERA 40". ERA FM.
  5. "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2018-01-31.
  6. "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]